'Anak perempuan.' Fizz Fairuz kongsi jantina bayi, syukur kelahiran puteri kelima
BERITA kelahiran anak kelima pelakon dan penyampai radio Datuk Fizz Fairuz menggembirakan para peminat.
Menitipkan kesyukuran di laman sosial Instagram, pengarah filem Mat Tudung Begins itu akhirnya berkongsi jantina bayinya sekali gus menamatkan teka-teki ramai.
"Anak perempuan," ujarnya ringkas kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Almy menerusi Insta Story berkongsi muka depan majalah memaparkan majlis perkahwinan mereka 10 tahun lalu yang menyatakan mereka berdua menyasarkan 11 cahaya mata
Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia terdahulu mendedahkan bakal dikurniakan anak kelima ketika kandungan berusia lapan bulan.
Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkata, beliau dan Fizz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ALLAH selepas pulang menunaikan umrah hujung Disember lalu.
Pelakon Dunia Baru The Movie itu mengakui alahan teruk dan hanya menyedari dirinya berbadan dua ketika kehamilan memasuki dua bulan.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal, 44, dan Almy Nadia, 38, berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang