'Nanti betul disahkan, saya akan umum.' Selalu mengidam masakan ibu, alah bawang, ini jawapan Atikah Suhaime tentang spekulasi hamil
PELAKON Datin Atikah Suhaime sering menjadi tumpuan warganet dengan video masakan dan mukbang.
Baru-baru ini pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime itu berkongsi keadaan dirinya yang kerap mual.
Dalam satu hantaran di TikTok, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, bergelar, Datuk Lokman Teh itu sanggup terbang pulang Kota Singa demi menikmati sajian air tangan ibunya.
"Terasa mual-mual lately. Mama masakkan singgang kuning. So kita baliklah sekejap.
"Ya ALLAH sedap singgang kuning mama, tempa masak bawang dan sambal belacan.
"Lama tak makan singgang, selalu waktu sakit mama akan masakkan untuk kami.
"Tetapi akhir-akhir ini memang mengidam singgang kuning begini," titip Atikah.
Terbaru, pelakon Pencuri Hati Mr Cinderella itu mengumumkan berehat daripada berkongsi video mukbang.
Kata Atikah, sejak kebelakangan ini beliau tidak boleh menjamah makanan yang mengandungi bawang kerana boleh mengakibatkan rasa mual.
“Sejak akhir-akhir ini, rasa mual-mual semakin teruk. Maaf kalau kalian tertunggu-tunggu video mukbang.
"“Saya memang tak boleh makan bawang merah dan bawang putih buat masa sekarang.
“Tak boleh bau bawang putih. Bau sahaja saya muntah,” katanya menerusi hantaran aplikasi TikTok.
Berkongsi video sedang mneyediakan hidangan Itali yang diberi nama Portabello Mushroom Focaccia Sandwich, kata Atikah itu sahaja makanan yang boleh diterima buat masa ini.
“Buat masa sekarang sandwic yang kering dan tanpa garam ini adalah makanan paling sedap di dunia untuk saya,” ujarnya.
Hantaran-hantaran berkenaan menuai pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata meneka pelakon kelahiran Singapura itu kini sudah berbadan dua dan berada dalam fasa awal kehamilan menerusi tanda alahan itu.
"Datin ada bun in oven ke?"
"Nampak berseri-seri sangat."
"Cuba cek UPT, kalau mual dan badan selalu letih lebih daripada biasa."
"Biasanya trimester pertama memang mual. Ada yang sampai bersalin masih alahan."
"Nampak macam baby bump"
Selepas mendedahkan mengalami alahan teruk, pelakon berusia 33 tahun itu baru-baru ini memberikan respons mengenai spekulasi kehamilannya.
Katanya, kini bukan masa yang sesuai untuk berkongsi apa-apa berita kerana bimbang pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Apa-apa pun doakan saya. Buat masa sekarang belumlah (kongsi kehamilan). Takut jadi apa-apa.
“Nanti dah betul-betul disahkan, baru saya akan buat pengumuman secara rasmi,” katanya.
Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada 20 Januari 2024 selepas lima tahun bercinta dan sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: TikTok,Kosmo
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang