'Anak pewaris, struggle nak dapatkan sorang pun susah.' Luahan Achey, Siti Elizad & Zulin mengenai childfree runtun hati warganet
CHILDFREE atau berkahwin tanpa perancangan memiliki anak menjadi pilihan kebanyakan pasangan muda kerana menganggap cahaya mata akan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi dan menyusahkan.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian daripada selebriti Achey yang juga sedang berusaha menimang anak sendiri. Bapa angkat kepada Tiara Zinnirah itu memuat naik video memaparkan temu bual pasangan muda yang enggan memiliki anak dengan alasan menumpukan kepada kerjaya dan kewangan.
Menerusi hantaran di Instagram oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, beliau berkongsi pendapatnya bahawa anak adalah penyeri dalam hidup dan menjadi pewaris keluarga yang akan mendoakan ibu bapa.
“Mak nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan statement ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup tu dik, kerjaya awak tak boleh masuk kubur.
Baca juga: Childfree kufur nikmat, tak yakin dengan rezeki ALLAH - Ustaz Azhar Idrus
“Doa anak yang boleh tembus, yang suami pun aku kalau depan-depan aku ‘jack’ je ni. Aku bab anak ni memang tak boleh lah, banyak lagi nak cakap ni,” titip Achey.
Tidak hanya itu, Achey juga mengakui pilihan untuk mempunyai zuriat atau tidak adalah hak masing-masing namun, pasangan terbabit tak sepatutnya membawa pengaruh negatif terhadap orang lain.
“Keputusan tu hak kalian, cuma aku tak suka statement kau meracun pemikiran orang lain. Kau video kan pulak, kau ni karang” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, Siti Elizad dan Zulin Aziz yang turut mengimpikan cahaya mata (try-to-conceive atau TTC) turut meluahkan pandangan masing-masing.
"Apabila manusia tidak percayakan rezeki yang tertulis. Dia tahu atau tidak struggle kami para TTC ni.
"Untuk mendapatkan seorang pun susah. Sudah siapkan katil double decker ok! Berangan mahukan anak ramai. Emosi aku bab orang cakap mengenai hal ini," kongsi Siti Elizad.
Zulin pula berkongsi perihal ketakutan pasangan berkenaan berkaitan rezeki cahaya mata.
"Orang begini dia tidak sedar yang rezeki milik ALLAH. Setiap yang lahir itu ada rezekinya sendiri," tulis Zulin.
Warganet turut bersetuju dan berkongsi pandangan bahawa tiada satu pun akan kekal bersama.
"Orang yang bertahun-tahun kahwin berharap sangat untuk dapat anak. Yang korang boleh fikir sampai macam tu sekali. Ingatlah, kejar apa lagi dunia ni. Kerjaya dan pasangan tiada yang kekal hingga mati."
"Singkat sangat fikiran, seolah-olah tak percaya rezeki itu daripada ALLAH."
Untuk rekod, Achey mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nur Hasanah Yahya pada 2011.
Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia lima tahun.
Mereka pernah menjalani prosedur proses persenyawaan in-vitro (IVF) pada 2022 namun tidak berjaya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang