'Bagus ayah, semua buat sendiri.' Penampilan Uqasha, Kamal Adli dan anak perempuan buat ramai teruja. Comelnya, putih gebu!

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN sama cantik sama padan, Uqasha Senrose dan Kamal Adli baharu bergelar ibu dan ayah.

Bayi sulung perempuan yang diberi nama Hawra Uqaira itu kini memasuki usia dua bulan.

Berita gembira tersebut dikongsikan pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini.

No Image Caption

Dalam hantaran tersebut, ibu muda berkenaan melahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran buah hati pertama mereka.

Pun begitu, pasangan tersebut sehingga kini belum berkongsikan wajah kesayangan mereka itu untuk tatapan peminat dan orang ramai.

Namun, menerusi Instagram milik peminat pelakon berkenaan, satu hantaran video telah dimuat naik pemilik akaun berkenaan yang memaparkan Uqasha sedang menyusukan bayinya dengan susu botol.

Difahamkan, video berkenaan diambil ketika pasangan tersebut terlibat dengan satu penggambaran bagi program 'Oh Baby Kamal Uqasha'.

Selain itu, terdapat juga perkongsian lain yang menunjukkan pasangan itu berada di dalam bilik tidur bersama bayi mereka.

No Image Caption

Malah, turut dikongsikan sepotong video yang memaparkan si ayah yang memberikan susu kepada Uqaira.

Biarpun wajah si kecil belum dipertontonkan sepenuhnya, rata-rata warga maya yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut melahirkan rasa teruja.

Puji mereka, si kecil tampak putih seperti si ibu.

'Cepat sangat dah nampak besar baby girl.'

'Dari sipi pun nampak comel.'

'Putih gebunya baby..anak patung betul.'

'Macam anak patung dari jauh gebunya.'

'Jaga anak sambil-sambil senaman pinggang.'

No Image Caption



Pada masa sama, ramai yang memuji sikap prihatin Kamal dalam membantu Uqasha menjaga dan menguruskan keperluan di rumah.

'Bagus ayah ni semua buat sndri.. lain kepuasannya kan bila semua buat sendiri. semoga baby membesar menjadi anak yang solehah & taat pd ibu ayah & semoga kebahagiaan rumah tangga kekal hingga jannah.... Aamiin.'

'Enjoy ur fatherhood & be the best father ever!'

Sumber: Instagram qasha.kamal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang