'Cukup orang terdekat sahaja tahu.' Enggan jaja kisah perpisahan, Irma Hasmie anggap penceraian terlalu peribadi

A
A
A

AKTRES dan pengacara Irma Hasmie, menyatakan dirinya berada dalam keadaan tenang selepas diuji dengan perpisahan dengan bekas suami, Redza Syah Azmeer November tahun lalu.

Memetik laporan OhBulan, aktivis kemanusian berkenaan mengakui berdamai dengan takdir yang telah ditetapkan ALLAH SWT tanpa perlu menjaja kisah peribadi.

Pelakon Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta itu berkata, beliau mahu mengelak daripada terjadinya pelbagai spekulasi tidak benar.

"Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okay, Alhamdulillah.

"Perkara itu terlalu peribadi dan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu," katanya.

Berkaitan berita penceraian yang dikongsikan sahabat baiknya, Reen Emran Insta Story, pemilik nama Irma Hasmie Ibrahim itu mengakui perkara berkenaan berada di luar kawalan.

Artikel Berkaitan:

"Ia berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Tentulah orang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.

"Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

"Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri," ujarnya.

Pelakon berdarah kacukan Pakistan dan Cina itu juga mengakui dua cahaya mata kini berada dalam jagaanya.

"Alhamdulillah, anak-anak okay. Insya-ALLAH.

"Saya syukur sangat mereka baik-baik belaka, semuanya," katanya lagi.

Untuk rekod, Irma Hasmie dan Redza diijabkabul berwalikan oleh bapa Irma, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya pada 29 Jun 2012.

Perkahwinan mereka diserikan dengan sepasang cahaya mata iaitu Redza Shah Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10

Irma yang merupakan antara artis wanita terawal berhijab pada tahun 2011 selamat menunaikan haji pada tahun ini.

Sumber: OhBulan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang