'Setiap kali rindu adik, papa tengok video ni.' Luahan hati Norman Hakim sempena birthday Marissa Dania bikin sebak!

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Norman Hakim sering kali berkongsi momen bersama keluarga di laman sosial miliknya.

Terbaharu menerusi Instagramnya, suami kesayangan Memey Suhaiza itu memuat naik sebuah video pendek bersempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-19.

Menurut pemilik nama sebenar, Mohamed Nurhakim Zaidon itu, beliau pernah menerima 'surat cinta'dari anak perempuannya itu dengan coretan yang cukup mendalam dan tersirat walaupun ketika itu, anaknya baru berusia 10 tahun.

Tidak terlepas, ibu kandung Abby Abadi dan ibu tirinya Memey Suhaiza turut menerima seorang satu surat dari anaknya itu.

"Hari ni... 9 tahun yang lepas,papa dapat ‘surat cinta’ dari Adik. Surat yang comel sangat-sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam maksud yg tersirat walau dicoret oleh anak yang berusia 10 tahun.

"Mama & Mummy pun dapat surat sorang satu dari Adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni dari Adik," ujar Norman menerusi kapsyennya.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata, surat yang diberikan itu masih tersimpan rapi sehingga kini sejak diterimanya sembilan tahun lalu. Bahkan beliau turut menyimpan dalam bentuk 'softcopy'.

Norman dengan nada gembira berkata, dirinya masih terimbau momen kelahiran anak perempuannya itu di dalam kereta sebelum sempat dibawa ke klinik.

"Dan hari ni jugak...19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran Adik dalam kereta. Tak sempat bawak Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

"Adik nangis sekejap je pastu diam. Mata terkebil-kebil pandang papa pandang mama.

"Mama cakap “Hidung Norman Hakim laaa...”,"tambahnya.

Ungkap sang ayah, beliau cukup menyangi anak-anaknya dan sentiasa menanti kesayangannya itu di pintu syurga pada kehidupan yang hakiki.

"Papa sayang Adik, Aslam & Umisya.Semua anak-anak papa jugak.

"Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus.

"Endless love...PAPA," tulis Norman lagi.

Baca juga: Marissa Dania kongsi gambar bersama madunya, Umisya jadi perhatian. 'Sesetengah andaian perlukan penjelasan, betul?'

Baca juga: 'Hanya yang berjiwa besar mampu memaafkan.' Momen Aslam & Marissa bertemu Abby raih perhatian, ramai titip doa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang