'Siapa makan cili dia terasa pedas.' Bergelar isteri warga Palestin, Ramona Zamzam selar segelintir selebriti tak ikhlas bersuara
PELAKON Ramona ZamZam menyedari masih ada rakan selebriti yang bersikap neutral walaupun gerakan Blockout 2024 sudah dilancarkan sejak Mei lalu.
Disebabkan terlalu lantang mempertahankan nasib penduduk Palestin, ibu kepada seorang anak itu tidak peduli jika segelintir selebriti terasa akan tindakannya itu.
"Bagi saya jika ada rakan selebriti yang terasa, saya tidak boleh cakap apa, siapa yang makan cili dia yang terasa pedas.
"Sejujurnya saya tak tujukan kepada mana-mana individu.
"I'm sick of that. Sebab saya nampak ramai yang playsafe nampak yang orang ramai kata cuba nak ambil jalan yang Neutral, where I'm not with the Israelis, but I'm also not supporting Palestine, which is not fair,"katanya.
;
Perkahwinan selama sembilan tahun bersama suami, Rami Alashkar membuat Ramona betul-betul merasakan ketidakadilan yang menimpa nasib saudara Islam di sana.
"Bagi saya, kesan perkara ini sangat kuat, kerana berkahwin selama sembilan tahun bersama suami saya.
"Bermacam-macam saya dengar tentang kejadian yang mereka lalui sebelum peristiwa menggemparkan dunia pada 7 oktober tahun lalu.
Ramona berkongsi perkara itu ketika sidang media drama siri terbaharu Polis Peronda di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Sedar akan kelantangannya mengenai program Blockout 2024 mengundang amarah segelintir pihak, namun setakat ini beliau belum menerima sebarang ancaman fizikal terhadap tindakannya itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang