'Tolong jangan buli, cakap saya bukan-bukan.' Zara Zya akui hubungan tidak baik dengan ayah kandung

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Zara Zya mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan baik bersama ayah kandungnya.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata ayahnya pernah bertindak melemparkan kata-kata kesat serta berunsur hinaan kepada anaknya sendiri.

Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin dalam perkongsian di Thread menegaskan untuk orang ramai tidak membangkitkan persoalan keberadaan bapanya itu selepas apa yang berlaku kepadanya.

"Tolong jangan buli dan suka cakap saya bukan-bukan. Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat.

“Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi, jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya,' kongsinya.

No Image Caption

Pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu memaklumkan beliau sedang mengumpulkan semua bukti yang mengaitkan ayah kandung untuk digunakan sekiranya perlu.

Bercerita mengenai hubungan bersama kawan pula, Zara mengakui hubungan sesama mereka tidak lagi seakrab dulu selepas masing-masing mula mengasingkan diri.

"Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.

"Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi.

No Image Caption

Peminat turut bersimpati apabila anak kelahiran negeri Perak itu kini sedang berjuang dengan penyakit 'misteri'.

Menurut Zara lagi, perniagaan yang diusahakan sebelum ini tidak membuahkan hasil apatah lagi niat untuk mendirikan rumah tangga belum kesampaian.

"Saya juga berjuang dengan penyakit misteri yang memerlukan rawatan hospital.

"Selain itu, saya ada anxiety, ambivert, buat bisnes semua tak menjadi, tak ada kawan. Malah, saya juga nak berkahwin tetapi masih belum sampai waktu,' luahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang