Alyah sebak dapat makan kuih donat air tangan ibu selepas keluar hospital. 'Di Makkah asyik teringat...'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Datin Alyah hampir menitiskan air mata kerinduan selepas menikmati keenakan donat hasil air tangan ibunya.

Lebih menyentuh hati, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hassan itu tidak sempat memberi tahu hasrat tersebut apabila dikejarkan ke hospital sejurus pulang ke tanah air akibat batuk berpanjangan.

Wanita berusia 43 tahun berkenaan yang turut berkongsi perkembangan kesihatannya berkata, beliau sudah mengidam kuih donat ketika menunaikan haji, namun kuih yang dibelinya di tanah suci tidak menepati cita rasanya kerana terlalu manis.

Ketika itulah Alyah mengimbau kesedapan kuih yang dimasak ibu tersayang walaupun hanya bersalut gula ising.

"Masa kat Makkah saya beli donut sebab teringin nak makan. Manis betul kuih itu di sana. Sambil fikiran saya berkata, nak makan donat (bodoh-bodoh mak saya).

"Saya balik tak sempat nak makan apa-apa terus masuk hospital,"katanya.

Dalam pada itu, Alyah memberitahu kesihatannya semakin pulih namun bahagian rusuk kirinya masih dalam keadaan sakit.

No Image Caption

Sekadar info, penyanyi lagu 'Kisah Hati' itu dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai depan namun terpaksa pulang lebih awal pada 4 Julai selepas keadaan kesihatannya merosot dan tidak mengizinkan.

No Image Caption

Ibu angkat kepada bayi Nur Izzara itu juga telah menarik diri daripada program realiti The Hardest Singing untuk membuat persiapan bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Baca juga: 'Bunga kesayangan kami.' Alyah dedah wajah anak angkat sempena Hari Bapa, kecomelan Nur Izzara jadi perhatian warganet

Baca juga: 'Aku tinggalkan suami, anak, ibu dan seluruh keluarga kepada-MU.' Alyah bertolak tunai haji, akui berat hati tinggalkan Nur Izzara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang