Dottie bercerai tebus talak, serah mas kahwin & 2 bentuk cincin kepada bekas suami. 13 info tebus talak wanita perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Dottie mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya dalam satu prosedur di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Dottie atau nama penuhnya atau Nor Syuhaida Mazni Abd Razak, 36, itu sah bercerai talak satu dengan suaminya Mohd Haffis Abu Hassan secara tebus talak pada Rabu.

Lafaz cerai dibuat oleh Haffis di hadapan Hakim Syarie, Mohd Tarmizi Jaafar.

"Kami sudah setuju mencapai kata sepakat hari ini. Syukur urusan dipermudahkan," katanya.

No Image Caption

Tebus talak adalah perceraian yang dipohon oleh isteri dengan memberi wang atau apa-apa harta kepada suami.

Dia diperintahkan untuk membayar sejumlah wang kepada Haffis mengikut nilai mas kahwinnya termasuklah nilai dua bentuk cincin yang diterima.

Sementara itu, Dottie memberitahu dia telah memfailkan permohonan cerai pada Jun lalu. Kata Dottie, perceraian itu merupakan jalan terbaik selepas pelbagai usaha dilakukan bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga itu.

Meskipun berat ujian dilalui itu, namun Dottie kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum selepas lafaz itu dibuat.

"Sebagai manusia yang ada perasaan, kadang-kala saya sendiri tidak boleh menerima hakikat. Sebelum ini ambil masa untuk kumpul kekuatan memfailkan cerai.

"Pernah ada perbincangan sebelum ini, namun tidak mencapai kata sepakat.

No Image Caption

Mengakui enam tahun hidup berasingan sebelum sah bercerai, Dottie enggan mendedahkan kemelut rumah tangga bersama bekas suami. Ujarnya, apa yang berlaku terlalu sukar dijelaskan untuk pengetahuan umum dan tidak mahu membuka aib

"Saya tak jawab tentang hal sini sebab sudah enam tahun hidup sendiri. Kami berpisah tetapi tidak rasmi dari segi dokumen atau lafaz.

"Orang tak perlu tahu sebab rumit kes saya ini. Saya mengaku silap kerana sebelum ini tidak menafikan atau mengiyakan sudah bercerai," katanya.

"Saya tak harap orang lain faham situasi ini kerana saya sahaja yang alami dan lalui. Saya juga tidak mahu buka aib sesiapa.

"Punca kami berpisah adalah terlalu peribadi. Saya ada buat salah, dia juga ada buat salah," ujarnya.

Dalam masa sama, Dottie juga berharap kemelut antara mereka berdua mendapat keputusan terbaik untuk semua pihak.

"Saya okey sahaja. Selama ini pun hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Semoga semua berjalan lancar.

"Jalan damai tidak semestinya perlu berbaik," jelasnya.

Untuk rekod Dottie dan Haffis bernikah pada 25 Disember 2016. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

13 INFO TEBUS TALAK

Gambar hiasan
Gambar hiasan

1-Tebus talak atau khuluk atau tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai.

2-Ia disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suami dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah disepakati sebelum ini.

3-Tebus talak adalah perceraian yang berlaku dengan adanya penyerahan tebusan daripada isteri kepada suaminya.

4-Sekiranya tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat, tebus talak tetap sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada isterinya.

5-Tebus talak tidak berlaku melainkan isteri yang berakal dan matang.

6-Suami tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya semasa iddah kerana tebus talak adalah seperti talak bain. Jika mereka ingin hidup bersama semula mestilah mengadakan akad dan mas kahwin yang baru dan isteri berhak membuat keputusan untuk kembali bersama atau tidak.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

7-Suami juga diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid ataupun dalam keadaan yang suci walaupun selepas menyetubuhinya. Isteri tidak akan dikira menanggung kemudaratan kerana khuluk berlaku atas keinginannya sendiri untuk bebas daripada ikatan perkahwinan.

8-Antara syarat-syarat tebus talak ialah perasaan benci timbul daripada isteri dan atas sebab-sebab tertentu dan menuntut perceraian.

9-Isteri tidak dibenarkan menebus talak kecuali berada dalam keadaan darurat seperti suami tidak mahu menunaikan perintah ALLAH setelah disuruh ataupun isteri tidak dapat menunaikan kewajipannya dengan baik terhadap suaminya.

10-Suami tidak boleh menyakiti hati isteri sehingga menyebabkan isteri terpaksa menebus talak daripadanya. Sekiranya perkara sedemikian berlaku, suami tidak berhak mengambil apa-apa pun daripada isteri sebagai tebusan kerana perbuatan suami itu dianggap sebagai maksiat.

11-Harta yang diambil suami sebagai tebusan digalakkan tidak melebihi mas kahwin yang diberkanya kepada isteri.

12-Wanita yang ditebus talak oleh suaminya mestilah menjalani tempoh iddah selama satu kali haid.

13-Bapa boleh menebus talak bagi anak perempuan masih kecil sebagai gantian kepada anaknya yang masih belum matang.

Sumber: mStar 1, 2 JKSP Pahang


#cerai #datukred #datinred #perceraian #sinarplus #lifestylesinarharian" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang