Fizi Ali timang bayi perempuan seberat 3.63kg. 'Kuat mama, 6 jam bertarung bersalin normal'
TAHNIAH diucapkan buat penyampai radio Fizi Ali selamat menimang bayi perempuan pada Rabu.
Beliau yang berkongsi berita gembira di Instagram dengan memuat naik foto isterinya Siti Zulaikha mendakap si kecil usai bersalin.
"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.
"Yeaahhh mama sudah selamat lahirkan baby girl. Kuat mama tadi,hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal.
"So sekarang bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy," kongsi Fizi.
Warga maya tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan atas kelahiran cahaya mata mereka.
Untuk rekod, Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu.
Penyampai Hot FM itu terdahulu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup ,mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.
Baca juga: 'Bermula satu perjalanan baru', Fizi Ali akhiri zaman duda
Baca juga: 'Maafkan daddy & mama kalau ada terkurang.' Fizi Ali bawa famili riadah di waterpark, anak tidur pegang tangan kakak tiri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang