Raja Afiq anggap ' durian runtuh' dapat berlakon bersama isteri. 'Kekok & janggal, dulu pelakon tak ada ikatan, sekarang...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Raja Afiq mengalu-alukan doa orang ramai untuk beliau kembali aktif dalam bidang lakonan setelah menyepikan diri tanpa membintangi apa-apa drama atau filem.

“Saya dah lama tak muncul, last dulu nama keluar dan meletop pun kat TV3 cerita askar. Sekarang cerita polis pula, jadi saya nak buat sebaik mungkin. INSYA-ALLAH, saya minta doa daripada orang ramai supaya boleh ke depan semula macam dulu.

Pelakon Utama dalam drama “Sayangku Kapten Mukhriz” memberitahu SinarPlus, kerjaya sebagai pekerja am di sebuah bank sebelum ini hanyalah sementara sahaja.

Tambah Raja Afiq, kariernya bermula sebagai anak seni, justeru beliau mahu berkarya sampai bila-bila kerana itu minatnya.

“Sebenarnya masa saya di bank itu, sekejap sahaja untuk tolong tempat kerja kakak saya. Lepas ada offer ni, saya dah tak kerja di situ.

"Jadi, teruskanlah apa benda yang kita punya rezeki ( berlakon) ini. Saya bermula dengan bidang lakonan dan sampai bila-bila pun akan jadikan ia sebagai kerjaya,” katanya.

Terkini, Raja Afiq kembali membintangi watak sebagai Lans Koperal Amar bersama isteri tercinta Soffwany Yusoff dalam drama siri terbaharu “Polis Peronda”.

Pasangan suami isteri itu tidak menyangka mendapat durian runtuh apabila berpeluang berlakon bersama-sama.

Pun demikian, mereka awalnya sedikit kekok bekerja dalam drama bersiri buat pertama kali.

“Tak sangka sebab isteri bidang lain, saya bidang lain. Tiiba tiba, datang jumpa Datuk Haslam, beliau offer kami berdua.

"Waktu itu, Datuk meminta saya join sekalilah. Jadi, saya bersyukur sangat. Alhamdullillah Datuk bagi peluang.

“Mula-mula tu rasa janggal sebab sebelum ni berlakon dengan heroin yang tiada apa -apa (ikatan), tiba-tiba kali ini dengan isteri. Tetapi lama -lama okay. Alhamdullillah kita dapat pupuk chemistry,”tambahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang