Sedap didengar, elok maknanya, MK K-Clique kongsi nama anak perempuan. ‘Bermaksud bukti kebesaran ALLAH & pintu syurga’

No Image Caption
A
A
A

SELEBRITI terkenal, MK K-Clique menimang anak sulung apabila isterinya, Siti Haajar selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos 2024.

Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga setelah bergelar bapa, penyanyi dan pelakon itu memperkenalkan nama dipercayai milik anak perempuannya.

Dalam hantaran yang dikongsikan, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, 28, berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa ALLAH.

"Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran ALLAH, al-Quran dan asal Arab.

"Rayana, bermaksud pintu syurga," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Kredit foto: Klinik Dr Alyna
Kredit foto: Klinik Dr Alyna

Sementara itu, rata-rata warganet memuji pilihan nama berkenaan yang cukup indah.

Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu.

Difahamkan, permata hati sulung MK itu yang lahir pada 3 Ogos berkongsi tarikh hari lahir arwah bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

No Image Caption

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar sah bernikah pada Jun 2023.

Mereka sebelum ini memilih untuk mengunci mulut tentang teka-teki kehamilan sehingga ulang tahun kelahiran ke-28 penyanyi itu baru-baru ini.

MK membuat kejutan dengan memuat naik muzik video cover lagu berjudul Oke dan video memaparkan baby bump isterinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang