Sentuh isu ‘ustaz direhatkan’, Nabil Ahmad mohon maaf

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan pengacara, Nabil Ahmad menerima pelbagai kritikan daripada warga maya susulan sedutan videonya menemuramah Ustaz Harry dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Ia tercetus apabila Nabil dikatakan mula menyentuh topik hangat ‘ustaz selebriti’ yang direhatkan daripada bersiaran di kaca televisyen baru-baru ini.

Dalam temu bual tersebut, beliau telah mengundang kritikan ramai kerana kenyataannya yang melabelkan segelintir pihak itu orang yang ‘terlebih pandai dan memberi hasutan’.

“Orang-orang baik sedang diuji. Sekarang ini banyak ustaz-ustaz juga direhatkan bila ada orang terlebih bijak pandai buat hasutan.

No Image Caption

“Padahal benda itu ada kebenarannya. Kalau tak ada pun, mungkin boleh dibincangkan dengan cara yang baik. Tetapi para asatizah dan ustaz-ustaz sekarang diuji sedangkan mereka sedang berkorban masa, jiwa, keluarga demi nak berdakwah kerana agama,” ujar Nabil dalam program tersebut.

Keratan video rancangan yang turut menampilkan Namie, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan PU Amin itu tular di laman sosial X hingga menerima lebih 2,500 selepas dimuat naik.

Baca juga: 'Kalau ikutkan hati you, dah lama I duda.' Nabil Titip ucapan sweet sempena birthday, foto Zira Ayub undang tawa warganet

Baca juga: 'Kalau ikutkan hati you, dah lama I duda.' Nabil Titip ucapan sweet sempena birthday, foto Zira Ayub undang tawa warganet

Warganet rata-rata menempelak kenyataan Nabil dan berkata pihak yang menegur berkenaan dengan isu tersebut adalah golongan berautoriti seperti seperti mufti, pakar hadis dan ahli Majlis Fatwa.

Susulan kecaman hebat, pelawak berusia 40 tahun itu tampil mengemukakan permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram.

No Image Caption

Ujar Nabil, ia ditujukan kepada mana-mana pihak yang rasa kurang selesa dan tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.

Mengakui kekhilafan dirinya, Nabil menjelaskan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang