Tahniah! Anak Aaron Aziz tamat A-Level, gapai cita-cita dalam bidang Psikologi Forensik

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pelakon popular, Datuk Aaron Aziz atas kejayaan anak keduanya, Dwi Ariana yang berjaya menamatkan pengajian A-Level selama dua tahun di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ).

Aaron turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi momen bermakna majlis konvokesyen puterinya yang berusia 18 tahun itu.

"Tabarakallah Alhamdulillah. Satu lagi detik yang membanggakan dan penuh emosi buat saya selepas anak sulung. Tidak lama lagi mereka berdua akan memulakan perjalanan dan mengukir masa depan mereka," kongsinya.

Menghadiri majlis bersejarah itu bersama, Aaron turut berkongsi perancangan masa depan Dwi Ariana yang bakal melanjutkan pelajaran di University of Surrey, England.

No Image Caption

"Tahniah Kakak @dwiiarianaaaron.

"Semoga ALLAH menjaga kamu daripada segala bahaya yang nampak dan mahupun tidak nampak dalam perjalanan menjadi Pakar Psikologi Forensik. Amin," titip beliau lagi.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak ketinggalan berharap segala urusan anaknya dalam mengapai cita-cita dipermudahkan.

Malah, pelakon kelahiran Singapura itu sempat menitipkan nasihat buat Ariana untuk memelihara kewajipan sebagai Muslim dan mengakui tidak akan pernah berhenti menyokong minat puterinya.

"Jaga solat, Jaga diri, jaga maruah, jaga adab dan budaya and dont stop believe kakak. Love you always," titipnya.

Baca juga: 'Kaulah sebaik-baiknya penjaga...' - Aaron berat hati lepas anak ke luar negara

Baca juga: "Handsome macam orang Jepun, terharu tengok siap berbaju Melayu & samping.' Aaron Aziz sekeluarga terbang ke Jepun rai anak sulung tamat belajar

No Image Caption

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak lupa mengucapkan tahniah buat Dwi Ariana.

Untuk rekod, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana, 18, dan Dahlia Arissa, 14.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang