Ayah Ziana, Anuar Zain meninggal dunia 

No Image Caption
A
A
A

BAPA kepada penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain iaitu Zain Abdullah, meninggal dunia pada usia 87 tahun di kediamannya di Subang Permai, Selangor, kira-kira jam 3 petang, Selasa.

Perkara itu disahkan sumber terdekat keluarga penyanyi itu, yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.

No Image Caption

Menurut sumber berkenaan, jenazah sudah dimandikan selepas waktu Asar sebelum dibawa ke masjid berdekatan bagi urusan solat jenazah.

“Insya-ALLAH, pihak masjid sedang berusaha untuk menyegerakan pengebumian sebelum Maghrib,” katanya.

Arwah yang juga pesara polis adalah orang penting di awal kerjaya seni Ziana dan Anuar. 

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang