'Doa yang baik-baik.' Fattah Amin kongsi gambar Fatima tanpa Fazura, warganet doakan sebutan kes dipermudah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fattah Amin menuai perhatian selepas memuat naik gambar beliau dan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya di Instagram.

Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu yang berkongsi hantaran turut mengucup pipi puteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang serta meninggalkan emoji bentuk hati yang berwarna biru.

Turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna biru tanpa meletakkan sebarang kapsyen menerusi perkongsian yang dibuatnya itu, foto keluarga itu kini kelihatan tidak lengkap dan sempurna tanpa sosok tubuh isterinya, Nur Fazura.

No Image Caption



Memetik portal Berita Harian, hubungan pasangan yang pernah dianggap sebagai simbol kebahagiaan itu bakal terjawab di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor hari ini.

Imbas kembali, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, memfailkan cerai terhadap Fattah.

Namun pelakon Mat Kilau itu memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Tidak hanya itu, Fattah turut mengakui masih menyayanyi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun , Fazura itu memilih mengunci mulut berkaitan perceraian yang difailkan.

Terdahulu, khabar Fazura menfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya benar-benar mengejutkan ramai khususnya para peminat.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Menerusi perkongsian di laman sosial, para peminat mendoakan agar rumah tangga pasangan itu terus kekal.

"Semoga baik-baik sahaja insya-ALLAH Semoga Fatima dapat membesar dalam sebuah keluarga yang lengkap tanpa asing-asing, aamiin."

"Doa yang baik-baik. Semoga yang baik sahaja untuk Fattah Fazura. Aaaminn."

"Semoga berkekalan hendaknya. Aamiin."

"Semoga baik baik sahaja hendaknya. Ujian buat mereka iktibar buat kita."

Sumber: Instagram,Berita Harian, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang