20 tahun dalam polis, Mamat Sepah kongsi hari terakhir isteri bertugas: ‘Selamat datang ke dunia awam, rasa gembira tanpa batasan’
SELEPAS dua dekad menggalas tanggungjawab sebagai anggota polis, isteri pelawak popular dan usahawan Mamat Sepah akhirnya menamatkan perkhidmatannya dalam seragam biru.
Menerusi perkongsian di media sosial, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pengorbanan isterinya, Nordiana Ibrahim yang setia berkhidmat selama 20 tahun dalam pasukan itu.
Dalam hantarannya itu, Mamat turut menitipkan ucapan penuh kasih mengenang pengorbanan suri hati.

"Hari terakhir isteri tercinta Cik Nana sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi. Sejuta rasa dan kenangan dilalui sepanjang menggalas tugas dan amanah.
"Selamat datang ke dunia awam dengan penuh rasa gembira tanpa batasan ya sayang.
"Terima kasih warga Ibu Pejabat Polis Klang Utara yang begitu baik. Terima kasih PDRM 20 tahun," titipnya di Instagram.
Artikel berkaitan:

Hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata tersentuh dan tumpang gembira melihat detik bermakna itu.
Nordiana sebelum ini berkongsi mengenai perancangan untuk bersara awal yang telah diluluskan.
Menerusi temu ramah bersama portal hiburan tempatan, usahawan wanita itu menyatakan rasa tawar hati selepas dia dan Mamat pernah ditahan pada Julai 2024.
Sekadar info, Mamat dan Nordiana berkahwin pada 1 Mac 2020 dalam satu majlis di Kulai, Johor selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
