A Aida rebah selepas fisioterapi lutut kini ditidurkan, doktor siasat komplikasi pembedahan
PENERBIT, penulis skrip dan pelakon, Datuk A Aida yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu negara pagi tadi.
Memetik Berita Harian, pendakwah Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan, A Aida, 55, yang baru menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu, rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.
"Sewaktu fisioterapi, A Aida minta izin ke tandas kerana ingin muntah. Bagaimanapun, dia rebah dan wajahnya pucat sebelum segera dibawa ke katil.
"Apabila diperiksa jururawat, dia sudah tidak sedarkan diri. Keadaannya tidak stabil kerana tekanan darah sekejap naik, sekejap turun.
"Setahu saya, dia tidak pernah menghidap penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi," katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Mohd Izhar berkata, A Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang kini di bawah pemantauan rapi hospital.
"Buat masa ini rawatan lain seperti CT Scan tidak dapat dilakukan kerana keadaannya belum stabil," katanya.

Mohd Izhar memaklumkan semasa kunjungan tengah hari tadi, A Aida hanya dibenarkan dilawati keluarga terdekat.
"Saya difahamkan doktor menidurkan A Aida supaya otaknya dapat berehat.
Mereka juga sedang meneliti bagaimana prosedur pembedahan lutut boleh menyebabkan wanita itu tidak sedarkan diri.
"Saya benar-benar terkejut menerima panggilan keluarga pagi tadi.
"Dua hari lalu, A Aida ada hubungi saya untuk maklumkan bakal jalani pembedahan. Saya sangka ia prosedur biasa kerana ramai pernah melaluinya.
"Saya mohon semua rakyat Malaysia sampaikan doa di masjid dan surau agar kesembuhan menyebelahi beliau.
"A Aida seorang yang baik hati, suka menderma dan sering membantu artis dalam kesusahan," katanya
SinarPlus terdahulu berkongsi hantaran FAceboo Mohd Izhar yang memaklumkan A Aida dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Tidak memaklumkan punca sebenar, Izhar merayu orang ramai mendoakan sahabatnya itu agar segera sembuh.
Sumber: Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
