'Adakah sah perkahwinan ni?' Tarikh pernikahan tidak tepat pada sijil, Uqasha Senrose persoal status 

No Image Caption
A
A
A

RUMAH tangga sedang bergolak, aktres Uqasha Senrose mendedahkan maklumat pada sijil pernikahannya tidak tepat.

Menurut pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu, dia baharu menyedari tarikh pernikahan adalah 5 November namun tarikh yang dicatat 4 November.  

Uqasha menerusi Instagram meluahkan kebimbangan tentang status perkahwinan, sementelah dirinya sebagai pengantin tidak mengetahui hal tersebut.

"ALLAH Maha Besar, masya-ALLAH satu lagi. Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 jam 9 pagi, tetapi rupanya pada sijil nikah saya dinikahkan 4 November 2021 jam 9.30 malam.

"Tanpa pengetahuanku. Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini," kongsinya.

No Image Caption

Dalam pada itu, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose itu hanya meluahkan hanya mengetahui hal berkenaan selepas prosiding di mahkamah.

"Tanpa pengetahuan bakal isteri, sahkah? Cukupkah syarat sah kawin?

"(Baharu) lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi! Ini tentang pengetahuan bakal isteri! Dan saya tidak tahu dinikah pada tarikh tersebut," titip Uqasha.

Warganet rata-rata  menenangkan Uqasha dan mengatakan perkahwinan dengan Kamal sah dan menepati syarat sah pernikahan.

No Image Caption

"Nikah sah atas akad cukup syarat nikah wali , dua orang saksi pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Surat menyurat sama ada berpinda tarikh tidak dikira jika mengikut hukum Islam yang sah hanya akad wallahualam."

"Pernikahan awak tetap sah. Mungkin cuma kesilapan dari pejabat agama."

"Sah kalau cukup syarat. Kalau dalam paper boleh tukar. Islam itu mudah."

Terdahulu, Uqasha hadir ke prosiding pertama perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella itu memfailkan perceraian terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang