'Alhamdulillah…' Syafiq Kyle & Mimi Lana tamatkan teka-teki, kongsi berita selamat bergelar suami isteri
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/14/thumbs/900x900/3007902.jpg)
SELEPAS berteka-teki dengan gambar cincin, akhirnya pasangan sama cantik sama padan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, mengesahkan mereka sudah berkahwin.
Selamat bergelar suami isteri, pasangan tersebut berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.
Perkongsian berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, sebentar tadi.
“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday #skmlfoundthedate,” tulis ringkas pada kapsyen.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan kebahagian yang dikecapi pasangan merpati sejoli itu.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/14/3007900.jpg)
Sedondon rona putih
Dalam foto yang dimuat naik, pasangan ini tampil menawan dalam busana sedondon dalam rona putih.
Terdahulu, muncul desas-desus mengenai pernikahan yang dikatakan berlangsung di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak hari ini.
Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/14/3007901.jpg)
Untuk rekod, kedua-dua pelakon berkenaan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Pun demikian, masing-masing memilih untuk mengunci mulut tanpa berkongsi punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang