Alyah akui bukan pasangan yang pandai romantik. 'Banyak belajar dari kesilapan lalu'

SETIAP orang mempunyai bahasa cinta (love language) mereka tersendiri. Tidak semua pandai untuk mempamerkan bersifat romantik bersama terhadap pasangan. Ini termasuklah bagi penyanyi, Datin Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan mengakui dirinya dan suami bukanlah pasangan romantis dalam perkongsiannya di Tiktok baru-baru ini.
"Kami tak pandai romantik tapi banyak belajar dari kesilapan lalu," tulis beliau.
Namun begitu, isteri kepada maestro muzik terkenal negara itu turut meluahkan rasa syukur dengan aturan ALLAH SWT dan mengambil pengajaran di atas setiap perkara yang berlaku.

"Syukur padamu YA ALLAH. Tidak pernah ada yang kebetulan di dunia ini, semua yang datang adalah takdir ALLAH.
"Yang baik melatih kita untuk bersyukur, yang buruk mengajar kita bersabar.
"Bahagia itu bukan saat segala keinginan kita terwujud, semua kehendak ALLAH adalah yang terbaik," tambah Alyah.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan rasa cinta masing-masing.
"@Zalikha Yasir:Tok ram ni ada love language tersendiri dan hanya datin je tahu. Aku tau la sebab laki aku pun macamtu, kat luar ketat je kalau berdua je baru dia tunjuk"
"@AG:sweetnyeee..dah cukup tunjukkan tanda sayang..tak perlu lebip"
"@Hazuki:makna romantik sebenar adalah milik disaat anda berdua saja, bukan di tempat awam "
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang