Ardell terima ugutan anak dibunuh , rambut direntap hingga tercabut. 'Mungkin rajin live, SOS ramai ikut'

No Image Caption
A
A
A

SUKARELAWAN kemanusiaan Malaysia dan pelakon, Ardell Aryana menjadi tumpuan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Dalam temu ramah bersama Awani, aktivis berusia 35 tahun itu mendedahkan menjadi mangsa buli fizikal oleh askar Israel ketika ditahan.

Tidak hanya itu, pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin itu juga mengesahkan mengalami kecederaan selepas diserang secara fizikal oleh tentera penjajah haram.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap,” katanya.

No Image Caption

Kata Ardell, laporan kesihatan berkenaan akan dibawa pulang ke Malaysia untuk didokumentasikan dan diserahkan kepada pihak peguam dan Sumud Nusantara Operation Center bagi tindakan lanjut.

Isteri kepada Nadzmi Adhwa itu juga turut berkongsi detik cemas apabila tudungnya direntap sehingga rambut tercabut, disertai sorakan beramai-ramai askar Israel bertujuan memalukannya.

“Saya pun tidak faham kenapa menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS diikuti ramai,” ujarnya.

No Image Caption

Lebih tragis, ibu kepada dua cahaya mata itu menyatakan, anak-anaknya dijadikan 'senjata ugutan' oleh rejim Zi0ni5 yang mengancam untuk membunuh mereka jika Ardell enggan patuh ketika ditahan.

Terdahulu, Ardell bersama 22 aktivis lain selamat sampai di Istanbul pada Sabtu menerusi penerbangan khas yang diusahakan Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Malaysia.

Difahamkan, sehingga kini, belum ada tarikh rasmi diumumkan berkenaan kepulangan semua aktivis Global Sumud Flotilla ke tanah air.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang