'Baru faham maksud ada pelangi selepas hujan.' Keluarga & Syed Saddiq buat kejutan hari jadi, Bella Astillah luah rasa sebak!

Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kejutan, ada yang pahit, ada yang manis. Tapi setiap kepahitan yang kita lalui akan digantikan dengan sesuatu yang lebih indah, jika kita sabar dan percaya. Dan itulah yang Bella rasakan di hari lahirnya tahun ini.

"Syukur Alhamdulillah.. I'm so incredibly grateful to be surrounded by such wonderful people."
Hari lahir kali ini benar-benar menyentuh hati. Bukan sekadar ucapan dan hadiah, tetapi kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan oleh orang-orang tersayang. Bella merasa begitu bertuah kerana dikelilingi mereka yang tulus, yang sentiasa ada dalam susah dan senang.

"Ini adalah hadiah yang cukup bermakna buat diri Bella. I'm so thankful for each and every one of you. Cheers to many more years of friendship and laughter together. InshaAllah."
Masih segar dalam ingatan, tahun lepas (2024), ulang tahun itu penuh dengan air mata. Bella melalui fasa yang sukar, setiap masa menangis, sampai jatuh sakit.

Malah, beliau juga tidak mahu bertemu sesiapa, tidak mahu meraikan apa-apa. Tetapi Balqish, Affa & Aus tetap datang, membawa sarapan hanya untuk mengejutkan Bella dengan kejutan kecil.

"Mereka tahu Bella tak mahu sambut, tapi tetap hadir. Dan saat itu Bella sedar, dalam kesedihan yang dalam, masih ada sinar yang datang mengetuk pintu hati," kongsi Bella.
Setahun berlalu, dan tahun ini Bella menangis lagi, tapi kali ini air mata gembira. Allah gantikan kesedihan dengan kebahagiaan. Keluarga, sahabat, dan orang-orang tersayang tetap ada, memberi kekuatan tanpa Bella sedar.

"Alhamdulillah.. Dear mama @einaastillah, please stay healthy because you are the mediator of my success. Dan ayah @ag.astillah, terima kasih sebab sentiasa sayang dan bantu kaklong jaga Ayden & Ara."
Terima kasih atas semua doa dan ucapan dari semua, termasuk para peminat dan pengikut. Setiap kata-kata dan doa itu amat bermakna. Bella kini benar-benar memahami maksud di sebalik ungkapan:
"Akan ada pelangi setelah hujan."

Setiap kesakitan, setiap kepayahan, pasti ada pelangi di hujungnya. Jika jatuh adalah hujan dan bangkit adalah matahari, maka kita memerlukan kedua-duanya untuk melihat keindahan yang sebenarnya.
Dan untuk kejutan istimewa itu...
"Last but not least, this 'grumpy munchkin' really appreciate you taking the time to plan the surprise, Ironman, @syedsaddiq Thank you."

Hari lahir kali ini bukan sekadar perayaan, tapi sebuah peringatan bahawa kasih sayang itu ada dalam pelbagai bentuk. Dan Bella bersyukur kerana memilikinya dalam hidupnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang