Buat persembahan dua jam lebih tanpa henti, GenKRU bukti masih berbisa!

No Image Caption
A
A
A

MENYANYI sambil menari tanpa henti selama lebih dua jam itu bukti jelas stamina luar biasa dan semangat pentas yang masih menyala dalam diri KRU, walau sudah lebih tiga dekad dalam industri.

Persembahan mereka kekal konsisten, penuh tenaga dan disiplin tinggi, seolah-olah masa langsung tidak menjejaskan kredibiliti trio adik-beradik ini. Lebih kagum, mereka melakukannya dua malam berturut-turut!

Menghargai setiap peminat yang hadir, Datuk Norman Abdul Halim meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali menyapa peminat selepas tujuh tahun tanpa konsert.

"Kami sangat-sangat bersyukur kerana menerima sokongan yang hebat daripada anda semua selama 33 tahun kami bekarya.

"Siapa sangka selepas 7 tahun kami boleh adakan konsert sekali lagi dan lebih penting dalam berskala besar," ujarnya.

No Image Caption



Sepanjang konsert, KRU yang dianggotai Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim menyampaikan lebih 20 lagu popular termasuk Dekat Padamu, Mengerti, Babe, The Way We Jam, Jangan Lafazkannya, Oh! La La dan Voodoo, daripada album ke-15 mereka.

Lebih 18,000 penonton membanjiri Axiata Arena Bukit Jalil sepanjang dua malam, Sabtu dan Ahad lalu bagi menyaksikan konsert GenKRU yang padat dengan momen luar biasa.

Ayuh imbas kembali 10 momen terbaik konsert GenKRU yang telah berlangsung hujung minggu lalu:

1. Konsert dimulakan dengan gimik pembukaan menggunakan teknologi CGI canggih, memberi sentuhan futuristik yang menjadikan permulaan konsert begitu mengujakan dan lain daripada yang lain.

2. Persembahan tanpa henti dengan momentum yang sama oleh KRU sendiri tanpa selingan atau gantian dari artis lain.

3. Penampilan duet khas bersama artis kolaborasi lama, Adam AF dan kumpulan Elite. Kehadiran Adam AF memeriahkan lagi pentas dengan lagu Terhangat di Pasaran, disusuli dengan kumpulan Elite Elite yang dianggotai oleh Abby Abadi, Azza, Watie, Sasha Saidin dan Linda Rafar menyampaikan lagu Di Pintu Syurga. Gabungan suara dan persembahan mantap membuatkan pentas terasa ‘hidup’ dengan nostalgia.

No Image Caption



No Image Caption



4. Penghormatan diberikan kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad apabila Perpisahan Terasing dinyanyikan. Visual serta audio allahyarham turut dimuatkan, menyentuh dan menyentap emosi penonton.

No Image Caption



5. Video cameo oleh Datuk AC Mizal menghidupkan lagi suasana dan mencetuskan sorakan gemuruh.

6. Sepanjang 33 tahun, Yusry membuat penampilan khas kali pertama tampil menyanyikan lagu rap di pentas konsert GenKRU.

7. Ketiga-tiga anggota KRU membuat kejutan turun dari pentas dan beramah mesra bersama peminat meninggalkan momen yang cukup bermakna buat mereka.

8. Segmen istimewa sempena Hari Ibu turut diselitkan dengan menyanyikan lagu 'Wanita'.

9. 'Bintang' jatuh dengan nota istimewa membanjiri Axiata Arena. Ramai yang teruja dan menganggap ia sebagai kenangan manis yang sukar dilupakan.

10. Konsert ditamatkan dengan lagu ikonik Awas, satu penutup bertenaga yang membuat seluruh dewan berdiri dan menyanyi bersama. Satu penghujung yang ‘ngam’ untuk malam penuh kenangan!

Konsert GenKRU berlangsung tiga hari iaitu pada 3, 4 dan 10 Mei 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Seterusnya, GenKRU Live in Singapore dijangka menggamatkan The Star Theatre pada 28 Jun 2025. Orang Singapura, bersedia!

Sekadar info, kali terakhir mereka adakan konsert berskala besar ialah pada 2018 menerusi Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang