Diana Danielle bakal failkan penceraian terhadap Farid Kamil. 'Mungkin dia seperti biasa, dengan bunga, cincin & janji kosong...'

No Image Caption
A
A
A

SATU lagi berita duka, pelakon Diana Danielle bakal memfailkan penceraian kepada suaminya, aktor dan pengarah Farid Kamil.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson menerusi Instagram memaklumkan mengambil keputusan itu dan enggan menjelaskan punca.

"Saya telah memutuskan untuk berpisah secara rasmi dengan suami saya dan akan memfailkan penceraian.

No Image Caption

"Tidak, saya tidak akan menjelaskan mengapa. Mungkin dia akan seperti biasa, dengan bunga, cincin dan janji kosong. Have a nice life

"Oh and, jangan pujuk," kongsinya lagi.

Tinjauan SinarPlus mendapati aktres berkenaan telah memadamkan foto Farid di Instagram peribadinya.

Farid dan Diana itu terdahulu pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk pada 31 Ogos tahun yang sama.

No Image Caption

Diana sebelum itu mengakui mereka berdua bermuhasabah diri dan menilai semula perkahwinan sebelum mengambil keputusan untuk rujuk.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang