DJ Lin syukur dengan sokongan jutaan pendengar
SURIA FM terus membuktikan kedudukannya sebagai antara stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia apabila mencatatkan 3.3 juta pendengar bulanan, menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.
Berdasarkan laporan sama, Suria FM kini berada dalam kelompok tiga teratas stesen radio berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, sekali gus mengesahkan kekuatan jenama yang semakin kukuh dalam industri penyiaran tempatan.
Mengulas pencapaian itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan Suria.
“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian. Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan yang segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.
“Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited memberikan pengalaman terbaik, sama ada di radio mahupun platform digital,” ujarnya.
Beliau menambah, Suria FM akan terus memperkukuh kedudukan sebagai jenama gaya hidup dan hiburan yang bukan sahaja menghiburkan, malah dekat dengan jiwa masyarakat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

