'Doa ibu sentiasa mengiringi.' Sheila Majid terima menantu, majlis sederhana jadi perhatian. Simple tapi sweet!

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI jazz legenda, Datuk Sheila Majid menerima menantu perempuan selepas anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat diijab kabulkan.

Menerusi Instagram, pemilik nama Shaheila Abdul Majid, 60, itu meluahkan rasa syukur dan kegembiraan kerana majlis pernikahan anaknya  keduanya itu selamat berlangsung.

Pelantun lagu evergreen Sinaran dan Hitam Putih Kehidupan Pelantun meluahkan bahawa doa yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak dan menantu.

"Sah! Syukur Alhamdulillah, ALLAH SWT telah permudahkan segalanya. Aamiin. 

No Image Caption

"Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat pasangan mempelai, Megat Abdul Majid dan isteri tersayang, Rashiqah Qahirah yang selamat disatukan dalam majlis penuh bermakna," kongsinya.

Sheila yang dilihat memeluk anak menantu dengan penuh melihat ijab kabul itu sebagai permulaan baharu untuk Megat dan berharap agar perkahwinan itu kekal kukuh, bahagia dan diberkati hingga ke akhir hayat.

"Sebagai seorang ibu, doa terbaik sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Moga ikatan yang dibina kekal kukuh hingga ke akhir waktu, insya-ALLAH. Inilah permulaan baharu buat pasangan ini, dan pastinya penuh harapan serta kebahagiaan. Love you both! ," titipnya.

Warga maya memuji majlis yang dianjurkan sederhana tetapi meriah. 

"Simple tapi sweet sangat, moga bahagia hingga ke syurga."

"Tahniah. Masya-ALLAH simple outfit, saya berkenan betul! Less is more. Tak perlu fancy-fancy sampai meleret veil."

"Sweet dan sempoi. Senang dan mudah. Semoga perjalanan perkahwinan anda berdua juga mudah, diberkati dan bersama sehingga hayat till jannah. Aamin."

No Image Caption

Sekadar info, Megat Abdul Majid ialah anak kedua daripada perkahwinan pertama Sheila bersama pemuzik terkenal, Roslan Aziz.

Perkahwinan yang dibina pada  14 Februari 1989 dan dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Nur Khaleda Aziz.

Mereka kemudian berpisah pada 4 April 2000.

Sheila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Acis pada 3 Jun 2003. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang