Bestnya, vibes ala di New Zealand! Breakfast wedding di Cameron jadi perhatian, warganet tertarik - 'Sayur doorgift untuk tetamu'

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS perkahwinan lazimnya diadakan pada waktu tengah hari atau malam, namun keunikan majlis di Cameron Highlands ini tular di laman sosial.

Cuaca nyaman, kabus pagi, dan suasana kehijauan bak di New Zealand — itulah ‘vibes’ yang mencuri perhatian warganet apabila sebuah majlis perkahwinan berkonsepkan sarapan pagi (breakfast wedding) berlangsung di tanah tinggi itu baru-baru ini.

Tersaji dalam suasana terbuka yang segar dan indah, majlis unik itu bukan sahaja mencuri hati para tetamu, malah tular dalam kalangan netizen yang memuji konsepnya yang lain daripada kebiasaan. 

Ada yang berseloroh, “Outdoor wedding tapi tak berlecak ketiak sebab panas!”

No Image Caption

Perkongsian video di laman sosial TikTok oleh pemilik akaun Ainawhoo tentang suasana majlis pernikahan sepupunya, Haida dan pasangan, Luqman itu menjadi inspirasi sekali gus menerima pujian daripada warganet.

"Pagi indah di tanah tinggi, meraikan cinta sepupu tercinta. Langit berwajah tenang, hati diselimuti hangat kasih dan kenangan yang terpahat manis selamanya," titip Aina.

Artikel berkaitan:

Aina ketika dihubungi SinarPlus memaklumkan, majlis yang berlangsung pada 23 Ogos lalu adalah majlis bagi pihak pengantin perempuan yang merupakan sepupunya.

No Image Caption

"Keluarga kami memang berasal daripada Cameron Highlands, Pahang. Ini merupakan majlis akad nikah dan kenduri belah pengantin perempuan.

"Pengantin perempuan merupakan generaasi ketiga dan memang dilahirkan serta dibesarkan di sini," jelas Aina.

Mendedahkan majlis berkenaan yang menerima 600 tetamu, ia merupakan kali pertama keluarga mereka melangsungkan acara seunik itu. 

No Image Caption

Selain singkat tempoh berlangsung, tambahnya, kos penganjuran majlis dapat dikurangkan berbanding perkahwinan yang diadakan pada waktu tengah hari atau malam, terutamanya dari segi penyediaan makanan.

“Memang seronok dan jimat masa. Selesai akad nikah jam 9 pagi, terus sambung dengan majlis kenduri. 

"Belum pernah lagi buat majlis ‘breakfast wedding’ yang hidang menu sarapan pagi seperti nasi lemak, lontong, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, roti bakar dan aiskrim Malaysia. Ini pengalaman pertama kami,” jelas Aina.

No Image Caption

Tidak hanya menu sarapan, terdapat reruai khas menghidangkan kopi dan matcha yang baharu disediakan barista.

Lebih menarik lagi, pada majlis yang diadakan di The Cool Point Hotel itu, ada ruang disediakan untuk mengedarkan bingkisan tetamu dan hadiahnya adalah sayur-sayuran segar seperti kobis, timun Jepun, lada benggala, keledek, terung, tomato.

No Image Caption

"Sayur adalah doorgift untuk tetamu dan mereka boleh pilih sayur-sayuran untuk dibawa pulang.

"Cendera hati lain adalah jem strawberi homemade yang dimasak sendiri emak pengantin perempuan, serbuk teh Cameron dan bunga telur berwarna-warni," tutur Aina.

Warganet yang tertarik dengan konsep yang ditampilkan teruja ingin mengaplikasikannya di tempat masing-masing.

No Image Caption

"Eh, idea ni memang terbaik! Tak perlu pening nak kejar waktu solat — mudah untuk pengantin dan tetamu," tulis @timx002.

"Menarik juga idea ni! Anak-anak saya semuanya lelaki, jadi kami hanya akan buat majlis menyambut menantu. Lebih mudah kalau buat secara intimate, sama ada majlis hi-tea, breakfast wedding atau kenduri kecil yang sederhana tapi bermakna," kongsi @mizzrina.

"Idea yang sangat menarik, cuaca pagi yang sejuk, tak panas dan sarapan yang menyelerakan. Memang rasa tenang dan penuh kasih," titip AkilahG.

"Kalau tahu boleh buat majlis waktu pagi, mesti dah buat dari dulu… suasana tenang, tak kelam-kabut, dan masa pun masih panjang sebelum masuk waktu Zuhur," coret Bella Dean.

"Wah, seronoknya! Aunty suka sangat konsep macam ni… doorgift pun sayur-sayuran? Memang lain dari yang lain. Bestnya!" kata Jaja Saad.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang