‘Dua-dua dah tak ada, terima kasih membahagiakan anak syurgaku’ – Ainina Ahmad B throwback video arwah Nadia Kesuma, bikin sebak

No Image Caption
A
A
A

TIADA apa yang lebih menyentuh hati selain kenangan yang kembali hidup ketika kehilangan masih terasa hangat.

Bagi pelakon Ainina Ahmad B, satu video lama yang dirakam penuh kasih sayang kini menjadi saksi bisu persahabatan indah yang telah berakhir.

Luahan jujurnya tentang pemergian sahabat tersayang, Allahyarham Nadia Kesuma, bukan sahaja mengundang sebak, malah membuat ramai turut sama merasai pedihnya sebuah kehilangan.

Menerusi hantaran di Instagram, Ainina berkongsi sebuah video memaparkan sisi lembut dan penyayang arwah Nadia yang begitu menyantuni anak syurganya, Nur Ara Elisya.

Detik sederhana itu kini menjadi kenangan paling berharga, malah sarat dengan emosi yang sukar diungkap dengan kata-kata.

No Image Caption

“Kasih sayang yang ikhlas, pernah membahagiakan anak syurgaku.

"Patutlah kelmarin tengok cincin ini hari rasa sedih sedangkan sudah lama kusimpan,” luah Ainina, jujur dari hati.

Perkongsian tersebut turut disertai doa penuh makna buat dua insan tersayang yang telah pergi menghadap Ilahi.

Ainina mendoakan agar roh anak dan sahabatnya itu dicucuri rahmat ALLAH SWT serta ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

No Image Caption

“Al-Fatihah untuk anak syurgaku dan semoga syurga juga tempatmu, Nadia Kesuma.

"Takziah buat ahli keluarga beliau,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, berita pemergian Nadia mengejutkan ramai apabila beliau dilaporkan gagal dikesan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, dengan transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Misteri itu akhirnya terjawab apabila anak perempuan Allahyarham memaklumkan ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu menerusi satu hantaran di Threads.

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah kini ditempatkan di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah.

No Image Caption

Kesedihan Ainina semakin dirasai apabila beliau sendiri pernah melalui kehilangan besar apabila anak perempuannya, Nur Ara Elisya, menghembuskan nafas terakhir pada 22 Jun lalu.

Dua kehilangan yang berlaku dalam jarak masa berdekatan menjadikan ujian ini cukup berat, namun tetap dihadapi dengan reda dan doa.

Rata-rata warganet yang menonton video berkenaan meluahkan rasa hiba dan simpati, malah turut menitipkan doa buat Ainina serta kedua-dua insan istimewa itu.

“Ya ALLAH, sebaknya. Rahmatilah kedua-duanya. Aamiin.”

“Dua-dua dah tak ada… Al-Fatihah.”

“Two beautiful souls, bidadari syurga. Semoga tenang di sana.”

Kisah ini menjadi peringatan bahawa kasih sayang yang ikhlas tidak pernah hilang, walaupun jasad telah pergi. Ia terus hidup dalam kenangan, doa dan cinta yang ditinggalkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang