'Enggan terlibat dunia glamor lagi, dia mahu jadi suri rumah'. Noor Kumalasari yakin Anita Sarawak tidak akan kembali ke Malaysia

No Image Caption
A
A
A

PELAKON terkenal Noor Kumalasari hanya menyerahkan segala-galanya kepada doa semoga impian penganjur Konsert GenKRU The Finale: One More Time, Iman Tang, untuk membawa pulang kakaknya Anita Sarawak bagi kemunculan istimewa dapat direalisasikan.

Aktres berusia 69 tahun itu mendedahkan harapan untuk kakaknya tersohor Anita atau nama penuh  Ithnaini Mohd Taib, 72, sangat tipis berdasarkan keputusan Anita yang sudah lama memilih untuk meninggalkan dunia hiburan.

“Saya doakan yang terbaik untuk penganjur konsert KRU. Sebab mengenali kakak saya, jika dia kata tidak mahu lagi kembali dalam industri, bermaksud memang dia tidak mahu.

“Saya rasa harapan untuk bawa Kak Nita balik Malaysia untuk menjayakan konsert KRU adalah sangat tipis. Saya tidak akan menyalahkan Kak Nita,” katanya.

Dalam masa yang sama, ibu kepada empat cahaya mata itu juga menegaskan tidak menyalahkan Anita sekiranya penyanyi itu kekal dengan pendirian untuk tidak muncul di Malaysia.

Artikel berkaitan:

Kehilangan sejak 13 tahun terjawab, Anita Sarawak sah bersara, selesa hidup dalam privasi. 'Terima kasih atas tanda ingatan'

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tambahnya, anak tunggal Datuk S Roomai Noor dan seniwati Siput Sarawak itu kini menjalani kehidupan tenang jauh dari dunia glamor dan tegas apabila berkata tidak.

“Namun jika penganjur benar-benar berjaya bawa pulang Kak Nita untuk konsert KRU itu, penganjur itu memang sangat hebat. Tetapi jika Kak Nita kata ‘no’, bermaksud ‘no’.

“Dia sekarang mahu menjalani hidup yang biasa, macam kita orang-orang biasa ini. Dia tidak mahu lagi terlibat dalam dunia glamor. Dia hanya mahu menjadi suri rumah tangga.

“Dia sihat sahaja bersama keluarganya di sana. Saya pun sangat jarang berhubung dengan dia, sudah lama tidak berjumpa. Kami berbual pun setahun sekali sahaja, iaitu setiap hari raya,” tambahnya.

Terdahulu, pengurus acara terkenal, Iman Tang memaklumkan pihaknya masih dalam rundingan untuk membawa pulang Anita bagi kemunculan istimewa pada Konsert GenKRU The Finale: One More Time yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil pada 22 November ini.

Sumber: Awani

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang