Kasih ibu jadi ilham, Noor Kumalasari muse tudung Nafesa

No Image Caption
A
A
A

DARI manisnya coklat ke keanggunan fesyen, Nafesa muncul sebagai permulaan baharu yang penuh makna di Saudagaar Asia.

Bagi pengasasnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi, jenama itu bukan sekadar koleksi tudung baharu, ia adalah penghormatan kepada kasih seorang ibu dan kekuatan wanita yang tiada tandingnya. Bahkan, nama Nafesa sendiri diambil daripada ibunya, Naveesof, simbol kelembutan, ketabahan dan nilai seorang wanita sejati.

No Image Caption

Inspirasi tersebut lahir di Arafah, ketika doa dan rindu terhadap sang ibu menjadi ilham yang membimbing kelahiran label ini. Setiap helaian bagaikan menyimpan cerita tentang cinta, pengorbanan dan semangat wanita yang kuat.

Koleksi sulung, The Alhambra Monogram, diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada. Corak halus dan penuh makna ini menyampaikan satu mesej penting: wanita bukan sekadar cantik, tetapi berdaya, yakin dan mampu mencipta rezeki melalui keanggunan diri.

Fabrik satin premium yang lembut, ringan dan mudah dibentuk memastikan setiap helaian selesa dipakai tanpa mengorbankan gaya, sempurna untuk wanita moden yang mahu tampil anggun setiap hari.

No Image Caption

Bukan itu sahaja, ia ruang untuk wanita menjadi trendsetter, inspirasi keluarga, dan penggerak komuniti. Setiap helaian membawa mesej jelas: wanita berhak berasa cantik, lengkap, yakin, dan bernilai.

Dari kasih seorang ibu ke fesyen moden, Nafesa membuktikan bahawa setiap wanita berhak bersinar.

Tidak ketinggalan, Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, membawa aura kemewahan dan warisan yang tidak lapuk dek zaman, menambah seri kepada keanggunan jenama ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang