Erra Fazira sah milik Ezwan sekali lafaz, terima mas kahwin 24 dinar emas
PELAKON dan pengacara Erra Fazira kembali bergelar isteri, milik Ezwan Zain dengan sekali lafaz pada tarikh indah 12.12.2025 menerusi majlis pernikahan yang berlangsung penuh indah di Rinjani Majestic, Subang.
Pasangan mempelai anggun memakai sepersalinan biru lembut rekaan Rizman Ruzaini.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.
Simbolik hantaran dalam sebuah talam yang diangkat dengan tandu antaranya cicin mewah, tas tangan, jam tangan dan minyak wangi.
Sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin. Nama pokok ufti bunga emas tradisi masyarakat Melayu abad ke-14, 24 keping dinar emas.
Ezwan menyarungkan cincin jenama Cartier dianggarkan bernilai RM80,000 ke jari manis Erra.
Terdahulu, Ezwan, 44, merisik Erra dan menyerahkan cincin sebagai tanda kepada pihak Erra pada Oktober lalu.
Sekadar info, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, bergelar ibu tunggal selama 11 tahun memiliki seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Manakala Ezwan merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Dania Sofea berusia 16 tahun.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan serius sejak Ogos 2024.
Seperti pernikahan, majlis resepsi pada 13 dan 27 Disember ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Kasi Ons.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
