Fitnah Ubai Mz biawak hidup, Shila terpaksa kerja keras 'menanggung', wanita tampil mohon maaf
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Seorang wanita tampil memohon maaf atas susulan komennya yang mendakwa penyanyi, Shila Amzah terpaksa bekerja keras demi menampung keluarga dan suaminya, Ubai Mz.
Menerusi video dimuat naik pada laman sosial TikTok, wanita yang dikenali dengan nama Wana mengakui khilaf dan kesal atas tindakannya. Jelasnya, dia tidak mempunyai niat untuk mengaibkan pasangan itu.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Wana ingin mengambil ruang ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Encik Ubai dan Puan Sha atas komen dan tindakan saya yang telah menyinggung perasaan mereka berdua.

"Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya walaupun mungkin tidak berniat buruk telah memberi kesan yang tidak baik kepada mereka berdua.
"Saya tidak bermaksud untuk mengaitkan atau menyakiti Puan Sha atau Encik Ubai Sebagai manusia biasa, saya akui tidak lari daripada melakukan kesilapan," kongsinya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan mengaku akan lebih berwaspada dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
"Saya berdoa agar Encik Ubai dan Puan Sha dapat menerima permohonan maaf saya ini dengan hati yang terbuka.

"Saya ambil perkara ini sebagai pengajaran besar bagi diri saya dan insya-ALLAH akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian dan atas tindakan selepas ini.
"Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Encik Ubai dan Puan Sha. Semoga ALLAH SWT menemukan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling bermaafan. Sekali lagi, saya memohon maaf dan sekian dahulu saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana sudi mendengar maaf daripada saya.Terima kasih," kongsinya menerusi video yang telah dipadamkan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa Ubai tidak berkerja dan kononnya pempengaruh itu hanya ditanggung sepenuhnya kepada Shila.
Ubai yang merupakan seorang pencipta kandungan memiliki lebih 50,000 langgan di YouTube mendirikan rumah tangga dengan Shila pada 5 Ogos 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Rhea Akira, setahun dua bulan.
Shila juga memiliki seorang anak lelaki, Seth Uwais daripada perkahwinan pertamanya bersama Haris Idraki Elias.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

