'Get out, get out fire!' Raja Syahiran saksi kebakaran saluran gas Putra Heights, umpama gempa bumi dahsyat, ini kronologinya

No Image Caption
A
A
A

KEBAKARAN saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 2 Syawal menggemparkan negara.

Masakan tidak, api menjulang lebih 20 tingkat hingga dapat dilihat dari Cyberjaya! Rupa-rupanya pelakon Raja Syahiran merupakan antara salah seorang yang berada di tempat kejadian.

Memetik laporan Gempak, Syahiran memaklumkan berada di sana untuk cuba menyelamatkan kenderaannya yang diletakkan di rumah pak ciknya, namun gagal kerana keretanya mencair kerana bahang yang terlalu panas.

No Image Caption

"Saya tinggalkan kereta dekat rumah pak cik, saya cuba selamatkan namun gagal kerana kenderaan itu sudah cair akibat bahang terlalu panas.

"Saya sendiri pun mula masuk pakai kereta tetapi bila lihat kereta-kereta sekeliling sudah cair, saya masuk naik motosikal pula.



"Masa tengok keadaan kereta tu memang rasa sedih tapi bila lihat orang-orang yang terselamat buat saya lebih lega," katanya.

Syahiran juga turut berkongsi situasi ketika kejadian kebakaran berlaku dan menyifatkan keadaan sekeliling seperti medan perang

"Situasi di sana boleh diibaratkan seperti tempat perang, sebab ada batu-batu besar, macam baru lepas letupan. Penuh dengan dengan batu bata, ada juga cermin pecah.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



"Pagar pun sudah cair sebab pembakaran itu lama dan berpanjangan jadi memang banyak benda yang cair termasuklah kereta saya.

"Kalau rumah yang berada di barisan pertama memang dah 'gone' sebab dekat dengan tempat terbakar," kongsinya.

Manakala isterinya, pengacara Uyaina Arshad memaklumkan Syahiran sempat merakamkan video di sekitar lokasi kejadian.

"Syahiran recorded the first few seconds of the video.

"Get out, get out fire! Nauzubillah. Takut tengok kebakaran ini. Daripada jarak berkilometer jauh sudah boleh rasa bahang," kongsi Uyaina di Insta Story.



Berikut adalah kronologi bencana yang berlaku pada 1 April 2025:

8.23 pagi: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor. Panggilan kecemasan diterima pada 8.23 pagi. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

8.46 pagi: 4 injap utama di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru ditutup untuk melepaskan saki baki gas asli. Proses melepaskan gas ambil masa sekitar empat jam.

9.30 pagi: Operasi padam kebakaran terus dilakukan, api masih menjulang tinggi, video kemusnahan di kawasan sekitar, kebakaran rumah mula membanjiri laman sosial.

No Image Caption



Penduduk di perumahan berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.

10.35 pagi: 25 mangsa terima rawatan awal, beberapa lagi dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Antara kecederaan yang dialami ialah luka, melecur dan kesukaran bernafas

11 pagi: Beberapa lagi mangsa menerima rawatan awal serta dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

11.06 pagi: Masjid Putra Heights, masjid lain dan kuil Sri Maha Kaliammon digunakan sebagai pusat pemindahan sementara.

11.20 pagi Laporan awal bomba mengesahkan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas sepanjang 500 meter.

11.25 pagi: Petronas Dagangan Bhd sahkan kebakaran tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petronas.

11.54 pagi: Jabatan Alam Sekitar memantau kualiti udara di sekitor lokasi kejadian

1 tengah hari: 82 mangsa diselamatkan dengan 12 dilaporkan cedera. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)mengesahkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Subang berjalan seperti biasa.

No Image Caption



1.25 tengah hari: 63 mangsa melecur dihantar ke hospital. dibawa ke Hospital Cyberjaya, Putrajaya dan Serdang. Empat injap utama di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru dilaporkan ditutup bermula 11.48 pagi bagi melepaskan saki baki gas asli. Proses melepaskan gas berkenaan akan mengambil masa kira-kira empat jam.

1.30 tengah hari JBPM sahkan 112 mangsa dan 49 rumah terjejas setakat ini

1.55 tengah hari: Kebakaran saluran paip gas semakin berkurangan.

2 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan negeri Selangor dan agensi terlibat memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terjejas

3.40 petang: JBPM mengesahkan 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal rosak dalam kebakaran itu.

3.45 petang: Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya menurut JBPM.

4.58 petang: PM Anwar mengumumkan bantuan tunai RM5,000 untuk pemilik rumah terjejas dan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang rosak. Sebahagian Kerajaan Persekutuan, negeri dan Petronas akan ambil tanggungjawab perbaiki; ganti sepenuhnya perumahan.

Penduduk terjejas belum dibenarkan pulang ke rumah demi keselamatan

5 petang: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan 305 mangsa diselamatkan dalam insiden kebakaran itu.

6.32 petang: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan tiada kematian setakat ini.

6.50 petang: JBPM maklumkan 237 rumah terjejas; 305 mangsa ceders akibat melecur dan tersedut haba panas. 365 kenderaan terbakar melibatkan 275 kereta serta 56 motosikal keseluruhannya.

Sumber: Instagram, Gempak, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang