Ina Naim bakal kahwini Mohd K? 'Nikah awal November, tarikh tak dimaklumkan' - Isman

No Image Caption
A
A
A

SEHINGGA kini, penyanyi Ina Naim sering meraih perhatian warga maya.

Masakan tidak, celotehnya di TikTok selalu tular dengan pelbagai kisah lucu dan inspirasi beliau serta arwah suami, komposer Suhaimi Saad.

Hampir setahun berstatus balu pelantun Duhai Hati itu didakwa bakal menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

Anggota kumpulan nasyid Hijjaz, Isman Nadim Isam disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina bagaimanapun menafikan kerana beliau sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.

"Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K, bukan Isman.

"Sebenarnya, apabila nama saya disebut-sebut, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya.

"Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.



No Image Caption



"Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa sahaja, bukan artis. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya," katanya kepada Harian Metro.

Kata Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak arwah sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan gembira dan bahagia di dunia hingga akhirat.

Artikel Berkaitan:


Baru-baru ini tersebar kad jemputan perkahwinan Ina yang tersebar tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan, Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Turut dipaparkan majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.

Bagaimanapun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007.

Beliau menggalas status ibu tunggal selepas Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang