Isu rumah tangga kakak bukan alasan hilang adab. Adik ipar Kamal Adli raih pujian. 'Salam & cium tangan bukti hormat'
PELAKON Kamal Adli baru-baru ini memuat naik sepotong video yang memaparkan dirinya yang kelihatan begitu teruja dan gembira apabila dapat bersua muka dan mendukung anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Dia Imamku itu meluahkan rasa rindu tidak terhingga pada anak kesayangannya itu.

"Dia merajuk, tapi rindu. Dia jual mahal tapi dia nak. Maaf Hawra. Video terakhir jumpa hari itu.
"Sumpah saya rindu awak sangat anak," ungkap Kamal penuh syahdu.
Selain gelagat anak-beranak itu yang membuatkan ramai tersentuh hati dan sebak, ramai yang menitipkan komen berkenaan hubungan yang terjalin antara Kamal dan adik iparnya itu.
Meskipun Kamal kini sedang mengalami konflik rumah tangga bersama isterinya, Uqasha Senrose, namun adik iparnya itu tetap menghormati status mereka berdua. Itu dapat dilihat melalui cara lelaki tersebut menyantuni abang iparnya dengan menghulurkan tangan bersalaman selain turut memeluk Kamal yang sedang mendukung Hawra ketika itu.
Ada yang melahirkan rasa kagum dan tidak menyangka hubungan Kamal dengan keluarga mentua masih terjaga.
Apatah lagi dengan situasi rumah tangga kakak dan abang ipar sedang berantakan, biasanya adik-beradik pasti saling menyokong antara satu sama lain.
"Lega apabila melihat awak baik sahaja dengan adik ipar. Saya ingatkan awak tidak baik dengan keluarga mentua. Kelakar bagaimana ia boleh jadi.
"Selalunya betul atau salah, adik-beradik akan sentiasa sokong antara satu sama lain."
"Keep shining dik, jaga peribadi selalu!."

Menerusi video yang dikongsikan Kamal di Threads, kelihatan adik iparnya bersalaman dengan Kamal selepas menyerahkan anaknya, Hawra Uqaira kepada Kamal.
Untuk rekod, isteri Kamal, Uqasha Senrose, telah memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
