‘Itu bukan anak saya’ – Eira Syazira nafi Amarra terbabit kes buli

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Eira Syazira, menegaskan anak sulungnya, Amarra Sofea Rose, tidak terbabit dalam isu buli sekolah seperti yang sedang diperkatakan di media sosial.

Menurut Eira atau nama penuhnya Syazira Suhaimi, 41, dia dan suami, penyampai radio Azad Jasmin, memilih untuk tidak melayan komen netizen kerana yakin tuduhan tersebut tidak benar.

“Saya dan suami abaikan sahaja kerana tahu itu bukan anak kami, saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh berbuat apa-apa.

“Sebenarnya saya okay sahaja bila dikaitkan dengan perkara itu, saya tak baca dan balas komen netizen di media sosial sebab itu bukan Amara,” jelasnya lagi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya, Bawang Putih Bawang Merah, yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Eira mengakui ada bertanya sendiri kepada anaknya mengenai dakwaan yang tular itu. 

Dalam masa sama, isu kononnya Amarra mengejek warna kulit seorang pelajar lain dianggap tidak berasas kerana anaknya juga memiliki tona kulit yang sama.

“Dalam gosip tersebut mengatakan pembuli mengejek warna kulit mangsa sedangkan anak saya kata warna kulit dia pun gelap. Anak kata kenapa dia nak ejek orang itu,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Siti mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah yang dilakukan oleh anak kepada seorang penyampai radio popular.

Wanita berkenaan berkata, kejadian dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu sebelum semakin serius sehingga menjejaskan kesihatan mental serta emosi anaknya.

Selepas membuat pendedahan kepada sebuah portal berita, Siti mendakwa isteri penyampai radio berkenaan ada membuat permohonan maaf, namun ia disampaikan melalui pihak sekolah dan bukan secara bersemuka.

Difahamkan, lima pelajar terbabit termasuk anak pasangan selebriti tersebut hanya dikenakan tindakan amaran oleh pihak sekolah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Eira tampil dengan single duet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Maharani berjudul Bawang Merah Bawang Putih.

 

Single bergenre pop itu mendapat sentuhan eksklusif daripada Trisuaka, yang bertindak sebagai pencipta lagu sepenuhnya, manakala susunan muzik oleh Ardy Goliath.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang