“Kecam macam mana pun saya masih steady…' Datuk Jamal Abdillah percaya anak ramai rezeki dan amanah dari ALLAH

No Image Caption
A
A
A

KETIKA sedang menongkah usia, penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah memikirkan bahawa ketika ini adalah masa untuk beliau dan isteri berehat dan melihat anak membesar.

Pelantun lagu Gadis Melayu itu memaklumkan sebelum itu, beliau dan isteri merancang untuk tidak memiliki anak selepas kelahiran cahaya mata yang keempat.

Bagaimanapun, siapa sangka Raja Pop itu diberikan peluang sekali lagi untuk menimang cahaya mata kelima ketika beliau mencecah usia 65 tahun.

“Kalau nak ikutkan kehidupan saya pada usia ini, saya balik rumah dari kerja dan berehat.

"Namun, kalau sudah rezeki ( anak), takkan nak tolak," ujarnya kepada Sinarplus.

Walaupun ada yang mengecam penyanyi lagu “Kekasih Awal dan Akhir” itu susulan berita kehamilan isteri enam bulan yang lalu, Jamal menegaskan beliau tidak menghiraukan kata-kata itu.

Sebaliknya, ayah kepada penyanyi remaja Zaki Yamani dan Osama itu melahirkan rasa syukur dengan kurniaan YANG MAHA ESA kerana masih diberikan peluang untuk menjaga amanah dari Tuhan.

Bahkan jatanya, generasi baru kini banyak yang merancang terutama dalam memiliki anak.

“Netizen kecamlah macam mana pun saya masih steady kerana itu adalah masalah mereka dan bukan masalah saya.

“Sekarang ini generasi muda tak mahukan anak ramai, cukup sekadar dua cahaya mata. Namun bagi saya, anak adalah anugerah dan setiap zuriat yang lahir ada rezeki sendiri," ujarnya.

Pun begitu, Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun beliau percaya dirinya dan isteri hanyalah sebagai perantara bagi rezeki anak-anak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Majlis Makan Malam Amal Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA), Night of Love And Compassion baru-baru ini.

No Image Caption

Dalam perkembangan tersebut, Jamal dan Datuk Hattan bakal digandingkan dalam satu pentas pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan TMESA, Night of Love And Compassion yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.

Penampilan duo selebriti tanah air itu disifatkan sebagai satu pilihan ‘evergreen’ dan diyakini mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai tanpa mengira usia.

Dengan sasaran kutipan RM1 juta, hasilnya akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan kegiatan kebajikan dan tajaan kepada pelajar yang memerlukan.

TMESA juga mahu meneruskan program ‘Sponsor A Student’ (SAS) yang kini telah membantu lebih 1000 pelajar yang rata-ratanya daripada kalangan keluarga daif.

Orang ramai boleh membeli tiket bagi majlis tersebut pada harga RM15,000, RM10,000, RM8,000, RM6,000 dan RM4,000 bagi satu meja.

Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket boleh menghubungi Hatta, di talian 018-2239934 atau Nik Ahmad, 019-4524567.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang