Kes lafaz cerai secara taklik Along Cham: Mahkamah tangguh keputusan 30 September

No Image Caption
A
A
A

MAHKMAH Rendah Syariah Sepang menetapkan 30 September depan sebagai tarikh keputusan berhubung kes lafaz cerai secara taklik membabitkan pelakon dan pelawak, Along Cham dengan isterinya, Afreena Suhaimi.

Kes rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap Afreena pada awal tahun ini.

Peguam syarie yang mewakili Along, Muhammad Akmal Amzan berkata, prosiding pada Isnin berlangsung panjang apabila hujahan pihak defendan mengambil masa lebih sejam setengah.

No Image Caption

“Keputusan akan disebut pada 30 September jam 12.30 tengah hari. Jadi tarikh akan datang kita ambil keterangan dia dan tutup.

“Hujah defendan agak panjang kerana defendan (Afreena) tidak mengaku rujuk dan terdapat lafaz taklik, jadi hujah kami nanti akan menjurus kepada pelanggaran itu,” katanya ketika ditemui sejurus selesai prosiding pada Isnin.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Elias berkata, kes berkenaan sudah beberapa kali ditangguhkan sebelum ini, namun pihaknya tetap mahu ia diselesaikan secepat mungkin.

“Kes ini panjang kerana sudah tiga hingga empat kali ditangguhkan. Pada awalnya hanya fokus kepada keterangan plaintif, sedangkan defendan selesai beri keterangan dalam satu hari sahaja.

No Image Caption

“Hari ini tiada bantahan, semua dokumen kami diterima mahkamah sebagai sumber utama termasuk perbualan dan rakaman suara. Berbeza dengan plaintif yang dokumennya hanya diterima sebagai sekunder, kecuali satu iaitu tangkap layar (screenshot),” jelasnya.

Beliau menambah, antara punca prosiding berlarutan sehingga jam 6.30 petang ialah wujud isu rujuk lisan yang didakwa pihak plaintif.

“Pihak sana dakwa ada rujuk lisan, tetapi kami tidak setuju sebab tiada lafaz rujuk dibuat. Begitu juga dalam isu taklik, defendan menegaskan hanya satu perkara disebut iaitu tipu curang, bukan empat seperti yang didakwa plaintif.

No Image Caption

“Atas sebab itu mahkamah perlukan penelitian lanjut kerana terdapat percanggahan fakta. Kami akan masukkan hujahan penggulungan secara teratur agar mahkamah boleh buat keputusan yang saksama selepas kedua-dua pihak mengangkat sumpah. Penting ada imbangan, bukan keputusan terburu-buru,” ujarnya.

Along memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap Afreena, 33, selepas mendakwa isterinya melanggar tiga perkara yang dipersetujui tahun lalu termasuk tidak patuh arahan dan membelakangkan suami.

Pasangan itu bernikah pada 4 April 2024 yang juga merupakan perkahwinan kedua Along selepas berpisah dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang