Kolaborasi Suria FM & YAYA Empire Perfume hasilkan drama Hayati, sarat emosi & angkat tema kesihatan mental

APABILA menyebut sahaja drama raya, kita selalu membayangkan kisah keluarga, kasih sayang dan pastinya penuh kegembiraan.
Namun, tahun ini, Suria FM membawa sesuatu yang lebih mendalam dengan drama raya terbaharu mereka berjudul Hayati, sebuah kisah yang bukan sekadar menyentuh hati, malah membawa penonton menyelami dunia psikologi emosi raya.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), sejak tahun 2019 sehingga kini, stesen radio itu telah menerbitkan tujuh drama raya.
Kali ini, drama Hayati dipersembahkan bukan sekadar drama biasa. Ia mengangkat tema penting tentang pengurusan mental dan emosi, sesuatu yang sering dipandang remeh, terutamanya dalam suasana perayaan.

Bayangkan, kegembiraan malam raya bertukar menjadi tragedi, mengubah hidup beberapa individu secara drastik. Dari situ, bermulalah perjalanan penyembuhan mereka, penuh dengan liku-liku yang mencabar. Apa yang lebih menarik, drama ini mengetengahkan batasan antara realiti dan imaginasi yang semakin kabur, menjadikan setiap babak lebih mendalam dan penuh emosi.

Lebih menarik, tahun ini Suria FM berkolaborasi dengan YAYA Empire Perfume dalam menghasilkan karya hebat tersebut. Pengasas Yaya Empire Perfume, Puan Nadia Mat Isa, turut menyatakan keterujaannya dalam bekerjasama dengan Suria FM untuk menjayakan projek ini.
"Sebagai seorang yang amat menghargai nilai seni dan budaya, saya tertarik untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana komitmen mereka dalam menyampaikan hiburan berkualiti yang sarat dengan nilai murni.
"Tema Sebuah Perjalanan Jiwa dalam drama ini memberikan peluang unik untuk saya menyumbang kepada pengalaman hiburan yang penuh makna, khususnya pada musim perayaan,"ujarnya.
Dengan durasi 40 minit, Hayati bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa mesej penting tentang memaafkan diri sendiri dan mencari kekuatan untuk melangkah ke hadapan. Drama ini dijangka mampu memberi kesan mendalam kepada penonton, terutamanya mereka yang pernah melalui situasi serupa dalam kehidupan.
Mula ditayangkan pada 20 Mac lalu, drama tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Cik Man, Anas Ridzuan dan Hawra Jamalullail.
Lebih menarik, penyanyi terkenal Ara Johari dan Adam ZBP turut tampil memeriahkan drama ini, bersama dengan pempengaruh popular Mia Azahar. Malah, pengasas YAYA Empire Perfume, Puan Nadia Mat Isa, juga membuat penampilan khas dalam drama ini!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang