Lepas Menteri Agama bersuara, syarikat rakaman turunkan muzik video Dolla! 'Serius dan bertanggungjawab atas kekhilafan'

Foto kanan: Ihsan Facebook Ustazah Asma' Harun
Foto kanan: Ihsan Facebook Ustazah Asma' Harun
A
A
A

SYARIKAT rakaman Universal Music Malaysia bertindak menurunkan video muzik single terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question yang dikecam tidak sesuai dan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton tempatan.

"Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat.

"Kami ambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan yang berlaku.

"Kami percaya bahawa kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat. Oleh itu, keputusan untuk menurunkan video muzik terbabit adalah langkah yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak," kata pengarah urusannya, Kim Lim, dalam kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.

Menurut Kim, Universal Music Malaysia juga menegaskan bahawa selepas ini, pihaknya komited memastikan setiap perancangan kreatif melalui proses semakan yang lebih ketat, membabitkan perbincangan dalaman serta konsultasi profesional bagi mengelak isu sama berulang.

"Syarikat turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan masyarakat yang memberi maklum balas secara terbuka dan membina.

"Kami berharap perkara ini dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik Malaysia secara keseluruhan," katanya

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, kemunculan kumpulan Dolla yang dianggota tiga wanita menerusi video muzik meraih perhatian ramai.

Malah, ada sebahagian masyarakat menyifatkan penampilan keterlaluan terutama gaya fesyen seksi dan mencolok mata.

Ia mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustazah Asma' Harun penampilan Dolla dalam video muzik terbabit dan mengecam trend masyarakat yang makin menormalisasikan maksiat.

Kontroversi itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang dilapor sedang meneliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Mohd Naim dilapor berkata, beliau sedang dalam penelitian berhubung perkara itu termasuk mengarahkan semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang