Lima tahun masih kekal wajah jenama ini, Amy Mastura dedah kenapa masih setia. Siap kongsi resipi istimewa!
PENYANYI Amy Mastura sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air. Dengan imej bersih, santai dan sentiasa mesra, dia terus menjadi pilihan utama sebagai duta rasmi produk keluaran Rasa Rosz dan ternyata pilihan itu tepat!
Menariknya, pemilihan Amy bukan sekadar bersandarkan populariti semata-mata, tetapi kerana keserasian nilai yang dikongsi bersama jenama tersebut: mesra, sihat, ringkas dan sesuai untuk seisi keluarga.
Boleh kata, apa yang Amy bawa dalam kariernya sebagai selebriti, itulah juga yang ditampilkan oleh jenama ini.
Menurut penyanyi dan pelakon yang kekal awet muda itu, kolaborasi bersama Datuk Seri Rozita Ramelan, pemilik Restoran Rasa Rosz, bukanlah sekadar urusan perniagaan biasa.
“Saya selesa sangat bekerja dengan beliau. Diam tak diam dah lima tahun saya bersama Rasa Rosz. Tahun lepas kami berehat sebab saya ke Tanah Suci dan beliau pun kurang sihat. Tahun ini, kami kembali dengan semangat baharu,” kata Amy.
Bukan sekadar bergelar duta, Amy turut menyumbangkan idea dan resipi untuk produk mereka, termasuk nasi daging yang mendapat sambutan hangat.

Namun dalam nada berseloroh, Amy sempat membocorkan’ rahsia.
“Resipi saya jangan ikut, saya pun ikut orang! Tapi kami olah semuanya ikut cita rasa sendiri," ujar beliau lagi.
Meski sibuk sebagai wajah jenama tersebut, ibu kepada dua cahaya mata tersebut tidak meletakkan dunia hiburan ke tepi.
Isteri kesayangan Alvin Tham Suffian itu masih aktif menerima tawaran berlakon, selain tampil dalam pelbagai persembahan pentas.
“Alhamdulillah, tawaran masih ada dan nampaknya saya masih lagi relevan dalam industri.
"Kalau tak ada kerja, saya lebih banyak habiskan masa dengan keluarga,” katanya yang ditemui selepas majlis sambutan Hari Raya Restoran Rasa Rosz baru-baru ini.

Untuk info, jenama Rasa Rosz di bawah syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ternyata tidak duduk diam. Selepas kejayaan produk seperti pes Ratu Tumis, Sambal Ready To Eat dan perencah serbaguna Lazzat, mereka kini bersedia memperkenalkan lebih 40 jenis pes baharu.
Menurut Rozita Ramelan, syarikat kini giat memperluas pasaran termasuk kepada hotel dan restoran.
“Setakat ini kami ada 40 produk, dan tujuh daripadanya sudah di pasaran pengguna seperti di AEON Big,” katanya.
Produk-produk popular termasuk pes nasi ayam, nasi pandan, nasi lemak, pes rendang, pes gulai, masak lemak cili api dan sambal belacan sedia dimakan.
“Kami juga dalam proses memperkenalkan sambal belacan dalam tiga jenis pembungkusan berbeza mengikut keperluan pengguna.
"Malah, kami sedang berbincang untuk masuk ke rangkaian 7-Eleven dengan produk yang lebih kecil, sesuai untuk golongan bujang dan pelajar,” tambah beliau.
Bukan setakat produk, restoran fizikal juga terus berkembang. Outlet terbaharu mereka yang sudah beroperasi selama empat bulan dilengkapi dapur moden dengan kemudahan menyediakan menu sihat dan kreatif seperti burger, ayam panggang, salad, serta Ikan Siakap bersama nasi bunga kubis (cauliflower rice).

Rozita menjelaskan, mereka sedang merancang untuk membuka satu lagi cawangan tahun ini dan dua lagi pada tahun hadapan.
“Di Wangsa Maju, suasananya lebih tenang – sesuai untuk pelanggan berusia. Manakala di IOI City Mall Putrajaya pula, kami fokus kepada generasi muda yang gemarkan makanan fusion lokal dan barat,” ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

