Luna tenat! Awal Ashaari mohon penderma darah segera – ‘Bantu selamatkan kesayangan kami’

No Image Caption
A
A
A

SELEBRITI terkenal, Awal Ashaari memohon bantuan orang ramai apabila kucing peliharaan kesayangannya yang dikenali sebagai Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelakon dan pengacara itu memaklumkan, si bulus itu kini sedang dirawat di salah sebuah pusat rawatan dan memerlukan penderma darah dengan kadar segera.

“Assalamualaikum, our cat, Luna dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah dan memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian.

No Image Caption

“Untuk menderma, sebaiknya kucing berumur satu hingga enam tahun, sihat dan telah divaksin.

“We really appreciate pemilik kucing yang tinggal berhampiran Sunway atau Puchong yang ingin membantu, untuk bawa kucing peliharaan anda ke St Angel Animal Medical Center, Puchong.

“Kami ambil kucing lain, Tigo tetapi dia tidak sesuai kerana tidak match,” tulisnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Awal berkata, segala kos rawatan akan ditanggung oleh pihaknya dan pemilik kucing yang ingin membantu hanya perlu hadir bersama haiwan itu ke hospital tersebut.

“Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai oleh pihak kami. Insya-ALLAH Awal akan berjumpa dengan anda di hospital.

“Kami minta kerjasama anda semua untuk menyebarkan mesej ini agar dapat membantu menyelamatkan nyawa Luna kesayangan kami. Semoga ALLAH membalas jasa anda semua,” katanya lagi.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang