'Mama dah takde...' Ibu Syazwan Zulkifly meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

TAKZIAH diucapkan buat pelakon Syazwan Zulkifly yang baharu sahaja kehilangan bonda tersayang, Allahyarham Rosnani Ali, 63, pada 9 malam Sabtu.

Khabar duka itu sempat dikongsi Syazwan menerusi Insta Story.

"Mama dah takde," titipnya.

Aktor berusia 38 tahun itu memaklumkan, ibunya telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara sejak lebih sebulan lalu susulan komplikasi paru-paru dijangkiti kuman.

No Image Caption



Memetik laporan mStar, jangkitan kuman yang dialami Rosnani memberikan kesan kepada fungsi injap jantung.

Syazwan turut dimaklumkan ibunya turut mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.

Pelakon filem Juvana,Malbatt: Misi Bakara dan Suamiku, Encik Perfect 10 itu juga sayu mengenangkan pemergian insan yang amat bermakna dalam hidupnya. Sementelah, Ramadan bakal tiba beberapa minggu lagi.

No Image Caption



"Kehilangan ibu bapa ini adalah yang amat saya takut dan ia sudah terjadi. Saya ada dua adik lelaki dan ibu adalah wanita dalam keluarga.

"Jadi memang amat terasa dia tiada.

"Selama dalam industri, rezeki saya adalah berkat doa ibu. Sekarang saya sudah tiada doa itu.

"Bulan puasa akan datang pasti akan berbeza dan saya risaukan bapa sebab dia tinggal seorang diri," luah Syazwan.

Difahamkan, jenazah ibu Syazwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak.

Sumber: Instagram, mStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang