'Memang jodoh kami sampai di sini sahaja...' Sufian & Mas Idayu berpisah Mac lalu

No Image Caption
A
A
A

BEKAS suami Mas Idayu, Muhamad Sufian Che Isa, mengesahkan telah berpisah dengan penyanyi dangdut itu.

Menerusi portal berita tempatan, Penerbit Eksekutif TV3 tersebut memaklumkan, perkahwinan hampir tiga tahun yang dibina bersama pelantun lagu Cintaku 100% terlerai di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Menyifatkan sebagai tiada jodoh antara mereka dan sudah membawa haluan masing-masing, Muhamad Sufian tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri.

"Memang betullah gosip itu. Kami sudah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja.

"Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini sahaja dan saya positif menerima takdir sudah ditetapkan ini.

No Image Caption

"Pada usia sudah tua nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini sahaja," katanya kepada Harian Metro.

Kongsi lelaki berusia 54 tahun itu lagi, tiada pasangan yang berkahwin mahu bercerai tetapi urusan jodoh adalah ketentuan ALLAH Yang Maha Esa dan sebagai hamba-NYA, perlu menerima dengan reda.

Artikel Berkaitan:

"Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengannya dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik.

No Image Caption

"Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program," katanya.

Untuk rekod, Muhamad Sufian dan penyanyi yang mesra dengan panggilan Mummy itu diijab kabul pada September 2022 selepas mulai rapat pada 2021.

Majlis perkahwinan berkenaan mendapat tajaan mencecah RM7 juta dalam bentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana.

No Image Caption

Mas Idayu yang popular sebagai tenaga pengajar dan komentator program realiti TV pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namun berpisah pada 2006.

Beliau memiliki seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqah, 26.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang