Nabila Razali risau penyakit ain, enggan dedah wajah & nama si kecil. 'Saya dan suami sepakat...'

No Image Caption
A
A
A

BERCAKAP mengenai penyanyi, Nabila Razali, pasti ramai peminat tertanya-tanya bagaimana rupa cahaya mata lelaki yang selamat dilahirkan tahun lalu.

Namun, di sebalik rasa ingin tahu orang ramai terhadap wajah si kecil yang sering ‘disorokkan’ di sebalik emoji, jawapan daripada Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, pasti membuatkan ramai memahami tindakannya.

Bintang drama Bawah Payung Awan berkata, beliau memilih untuk tidak mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya kepada umum walaupun si kecil itu sudah berusia dua bulan.

Nabila memaklumkan keputusan itu dibuat bukanlah atas kehendak diri sendiri malah atas persetujuan bersama suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.


Jom tonton musim baharu “Borak Bibir Merah Eksklusif Rozita Che Wan”

Yt : https://youtu.be/_vv2gTCqGt0

Fb : https://fb.watch/uA0DgGa5K3/

#borakbibirmerah

#bbmxrcw

#rozitachewan

#sinarplus

#lifestylesinarharian

#sinarharian

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH kalau dah bersedia, saya akan kongsi di media sosial.

"Buat masa ini, saya dan suami sepakat untuk tidak mendedahkan identiti anak kami.

"Saya sedar ramai yang bertanya, nanti kalau dah tunjuk korang tataplah puas-puas ya," katanya kepada media tempatan.

Malah, pelantun lagu Pematah Hati itu tidak menolak kemungkinan, keputusan untuk merahsiakan wajah anak sulungnya adalah demi keselamatan serta mengelakkan risiko penyakit ain.

Beliau turut menegaskan bahawa jika orang awam turut berisiko, apatah lagi dirinya yang sering berjumpa orang ramai dan peminat.

"Ya, risau juga tentang penyakit ain, tambahan pula sekarang banyak kes membabitkan bayi.

"Saya tak mahu ambil risiko, lebih-lebih lagi sebagai figura awam yang sentiasa diperhatikan." jelasnya.

Sekadar info, Nabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Nik Iruwan yang juga seorang usahawan pada 18 November 2023.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang