Najwa Latif timang anak sulung tepat anniversary ketiga .' '11. 11 jadi lebih bermakna'
TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Najwa Latif selamat menimang anak sulungnya pada Selasa.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya, penyanyi rap Akwa Arifin di laman sosial.
Allahumma barik. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Najwa dan saya ingin berkongsi khabar gembira bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025.
"Tarikh ini menjadi lebih bermakna kerana ia juga ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.
"Mohon doa yang baik-baik daripada semua dan semoga segala doa indah kalian titipkan untuk kami dikembalikan dengan ganjaran yang lebih besar, insya-ALLAH.
"Tahap sebagai ibu bapa akhirnya berjaya dicapai!" titipnya.
Artikel berkaitan:
'ALLAH bagi pinjam 5 minggu...' Najwa Latif kongsi berita duka, keguguran anak pertama
Sementara itu, Najwa menerusi Insta Story berkongsi kapsyen comel tentang anak mereka.
"Free shipping paling mahal. Alhamdulillah, Allahumma barik," tulisnya.
Terdahulu, pelantun lagu Cinta Muka Buku itupernah mengalami keguguran pada November 2024 ketika kandungan mencecah usia lima minggu.
Sekadar info, Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
