'Nampaknya jodoh sampai di sini sahaja' - Dayana Roza, suami bercerai talak satu, ikatan pernikahan lima tahun terlerai
PELAKON Dayana Roza mengesahkan sudah bercerai sejak 18 Disember lalu.
Awalnya, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, itu dikatakan dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh tersebut namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkannya berkenaan hal itu.
Memetik laporan Kosmo, pelakon drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia memaklumkan memang dia hadir ke mahkamah tersebut untuk bercerai dengan usahawan A’dale Adham Ayahudin.
“Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah,” katanya.
Berkongsi punca perpisahan, Dayana berkata dia dan bekas suami sudah tiada persefahaman. Malah usaha menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
“Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan.

“Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya.
Menurut, Dayana yang memiliki dua cahaya mata akan kembali berlakon demi tanggungjawab kewangan dan masa depan anak-anak.
“Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Insya-ALLAH kalau ada tawaran yang sesuai dan kena dengan waktu, saya akan terima. Saya masih menjaga anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan perhatian.
“Sebelum ini saya banyak tolak tawaran lakonan demi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi kini, saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak,” kongsinya.
Imbas kembali, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020.
Lima tahun berumah tangga, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya 4 dan Aryan Andika 2.
Sumber: Kosmo
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
