Nas Ahmad meninggal dunia akibat kekurangan oksigen

No Image Caption
A
A
A

DUNIA hiburan tempatan menerima perkhabaran duka apabila bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad kembali ke rahmatullah jam 9.49 pagi tadi.

Nas atau sebenarnya Md Nasir Ahmad, 65, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di Hospital Besar Sungai Buloh semalam.

Memetik portal berita tempatan, menurut menantunya, Nas terdahulu dibawa ke hospital dengan ambulans dan dimasukkan ke Zon Merah akibat kekurangan oksigen.

No Image Caption



Semasa rawatan, arwah banyak bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

"Pagi tadi, kami terima panggilan daripada pihak hospital menyatakan arwah sudah tiada. Sekarang, jenazah masih di bahagian forensik," kata menantunya, Farhana Nazlin Mohamad.

Beliau juga memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara sebelum Asar hari ini selepas diuruskan di Surau As Sahabbah, Seksyen 7, Kota Damansara.

Terdahulu, Nas atau lebih dikenali sebagai Abang Nas mengejutkan industri hiburan apabila fotonya kelihatan uzur akibat masalah jantung tular. Selain sakit jantung, beliau juga mengalami masalah penglihatan akibat katarak.

Allahyarham yang terkenal menerusi slot Terjah menerima pengiktirafan sebagai Ikon Melodi dan pernah menerima sumbangan bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang